Semoga Kerajaan Baru Bukan Penjenamaan Semula Kerajaan Lama

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

Ramai juga dikalangan rakyat bersorak sakan gembira sebaik sahaja kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin dibubarkan kerana peletakan jawatannya.

Rata-rata rakyat merasakan  ini permulaan baru dalam cuaca politik negara kerana terlalu lama dibelenggu krisis kepimpinan ditambah pula dengan kegagalan demi kegagalan dengan keputusan “flip flop” baik dari hal Covid mahu pun hal ehwal rakyat.

Namun, dalam perkembangan terbaru berkaitan penukaran kepimpinan , kesangsian pula mulai timbul

Ura-ura kononnya watak-watak dari rejim gagal Peikatan Nasional akan memenuhi dan mengisi ruang kekosongan yang ada.

Ini yang menjadi keresahan dan kebimbangan kepada seluruh rakyat.

Persoalan , jika kerajaan Tan Sri Mahiaddin sebelum ini telah dicop sebagai kerajaan yang gagal, apakah apabila nanti kerajaan baru dibentuk, ianya juga dipenuhi watak-watak dari kerajaan gagal tersebut akan mampu membawa kejayaan?

Sekarang, inilah yang menjadi perhatian dan tumpuan rakyat.

Mereka mahu “result’ dan kesan pembaharuan dari kerajaan gantian dan bukannya hanya satu tipu helah politik untuk penjenamaan semula kerajaan lama dalam bentuk kosmetik.

Individu-individu yang tidak popular dari rejim sebelum ini mesti disisih dan diketepikan.

Leave a Reply