Jumlah Pencalonan PM9 Tetap Di Kira Di Parlimen Cara Telus.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

Walaupun telah diketahui umum bahawa pemimpin dari UMNO Datuk Seri Ismail Sabri (DSID) telah dicalon oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli-ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) namun, keabsahan dan kesahihan jumlah kerusi diperolehi beliau akan tetap dikira dan dipamerkan secara terbuka.

Tidak kira sama ada perakuan pelbagai pihak yang menyatakan DSIS sudah cukup jumlah atau tidak, undi percaya kali imi akan tetap ditunjukkan secara telus di Parlimen pada 6 September depan.

Dalam membicarakan hal ini, ada pihak pro bekas kabinet PN menyatakan jumlah sokongan yang diyakini memihak DSIS adalah sekitar 111 undian dan ada juga menyatakan 105, namun yang pasti undi percaya dan undi sokongan kali ini akan berlangsung secara telus dan sahih.

 

Walaupun diadakan “Vote of Confidence” namun jika didapati tiada seorang pun calon mendapat majoriti, maka Yang DiPertuan Agong pastinya sekali lagi merujuk kepada Perkara 39 bersama 40.3 untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicara Baginda.

Selain itu, Tuanku boleh menggunakan opsyen alternatif iaitu menubuhkan Majlis Gerakan Negara dengan menggantung Parlimen sehingga Februari 2022 dan di dalam tempoh 60 hari harus diadakan PRU-15.

Justeru, apa yang cuba gambarkan di sini ialah penjumlahan undi dan keabsahannya tetap telus serta jelas, tanpa mengira siapa pun calon itu, ia tetap perlu melalui proses ini.

 

 

Leave a Reply