Hanya Dua Nama Sahaja Di Pangkuan Istana

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

Pelbagai spekulasi telah wujud dan tersebar sebaik sahaja Perdana Menteri “Sheraton Move” Tan Sri Mahiaddin meletak jawatannya semalam.

Antara spekulasi tersebar , konon Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bakal ambil alih jawatan itu, manakala  menurut sumber lain pula, kemungkinan Datuk Ismail Sabri juga berpeluang mengambil alih dimana beliau hanya perlu beberapa kerusi sahaja lagi.

Tapi apa yang jelas , bukan lagi persoalan calon-calon itu yang harus dibahaskan , tetapi apakah pilihan yang dalam bidang kuasa ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong yang ada dalam perlembagaan?

Langkah seterus, siapakah yang akan dipilih oleh YDP Agong?

Menurut sumber dan maklumat yang kami di “my-news.online” perolehi adalah, pihak Istana tidak akan pilih Perdana Menteri berdasarkan SD lagi.

Ini atas sebab pilihan raya umum terlalu hampir dan dekat.

Maklumat diperolehi dari sumber sahih menyatakan hanya dua nama sahaja yang dipertimbangkan oleh pihak istana dan Majlis Raja Raja.

Pertimbangan yang akan di buat juga bukan atas sebab mereka akan di lantik sebagai Perdana Menteri dalam terma “normal” , tapi lebih kepada urusan sementara sebelum PRU.

Nama-nama tersebut adalah Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri kuasa terhad dan Datuk Seri Najib sebagai Pengurus Majlis Pemulihan Negara.

Dikhabarkan juga, pihak istana tidak lagi akan mengulangi langkah melantik Perdana Menteri SD seperti sebelum ini.

Kami juga telah menerima maklumat, jika Tengku Razaleigh di lantik kemungkinan besar beliau tidak bergelar “Perdana Menteri” tapi Pengurus MAGERAN.

Apa pun rencana ini hanya dipetik dari sumber-sumber bebas dan bertaraf andian sahaja.

Kita tunggu sahaja keputusan selepas Yang di Pertuan Agong memanggil mengadap semua ketua Parti yang akan di adakan pada hari ini.

 

Leave a Reply