Kerajaan Tersingkat Dalam Sejarah Negara

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kini sah lah kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin telah dibubar secara rasmi.

Apa yang bakal terjadi selepas ini adalah episod lain, untuk diceritakan pada waktu yang lain.

Dikhabarkan seluruh kabinet telah menandatangani surat perletakan jawatan.

Apa yang menarik adalah kerajaan Perikatan Nasional ini menjadi kerajaan tersingkat berkuasa selepas kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.

Jika kerajaan Tun Mahathir berkuasa selama 22 bulan, kerajaan sisa-sisa dan saki bakinya hanya mampu bertahan selama 18 bulan.

Sekiranya kerajaan Tun Mahathir menerima tekanan dari kelompok dalaman PH yang menuntut dia menyerah jawatan seperti dijanjikan kepada Anwar Ibrahim, kerajaan Tan Sri Mahiaddin pula menerima tekanan dari segala penjuru, iaitu rakyat, dari UMNO dan juga dari pembangkang.

Apa pun telah berakhir kedua-dua kerajaan yang dikuasai oleh pihak minoriti dari parti Bersatu.

Sebagai rakyat Malaysia kita sama-sama menunggu episod selepas ini kerana dipercayai Tan Sri Mahiddin mencadangkan diadakan pilihanraya secara segera.

Leave a Reply