Berkemungkinan Besar Tiada Lagi Perlantikan Perdana Menteri Berdasarkan SD.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

 

Persoalan sangat mudah, bukan kah kerajaan Perikatan Nasional sedia ada terlahir dari penjumlahan kumpulan Statutory Declaration (SD)?

Jika kerajaan sudah dapat di bentuk dari penjumlahan SD, apa kah yang menyebabkan tiada pendamaian politik dan kepimpinan negara sentiasa bergelora?

Rasa nya semua rakyat sudah boleh menjawap.

Keadaan negara sentiasa huru hara dan ‘political unrest” berterusan atas sebab kepentingan Ahli2 Parlimen untuk mengejar habuan dan laba.

Jika sepatut nya seseorang AP telah mengaku menyokong satu pihak dengan lafaz bertulis SD, maka AP itu sepatut nya kekal menyokong atas sebab akuan bertulis yang telah di buat.

Kemudian pihak lain tidak harus umpan atau membuat tawaran “counter offer” bagi memancing AP melompat kepada pihak nya.

Tapi, politik Malaysia yang sudah melafazkan sokongan kepada satu pihak boleh kemudian nya menukar sokongan kepada pihak lain ataupun menarik sokongan.

Bagi pihak yang sudah mengikat AP2, mereka tidak harus ambil kesempatan dan memungkir janji macam yang terjadi terhadap AP2 UMNO dalam PN.

Enam tuntutan UMNO lansung tidak di layan dan tidak di tunai kan Ketika mula AP2 UMNO serah SD menyokong kerajaan Sheraton Move.

Sebalik nya , AP2 UMNO ada yang di cemuh di ejek sebagai kluster mahkamah setelah memberi SD menyokong membentuk kerajaan PN.

Kini, negara Kembali bergolak akibat penjumlahan kerusi .

Kerajaan tidak stabil atas sebab mandat SD Sheraton Move sudah tidak cukup jumlah.

Atas sebab semua hal ini, maka kerajaan PN terpaksa mengumpul SD baru untuk membuktikan calon baru mereka boleh menggantikan Perdana Menteri yang di tolak oleh beberapa AP yang menanda tangani SD Sheraton Move.

Namun, dari laporan yang kami terima , pihak Istana atas nasihat pihak2 tertentu, berkemungkinan pihak Istana tidak akan membuat kesalahan sama buat kali kedua untuk melantik Perdana Menteri SD lagi.

Ini kerana tiada jaminan jumlah SD dari AP akan kekal jika laba dan habuan di janjikan tidak di dapati.

Akibat nya istana akan malu sekali lagi.

Kami di My-News.Online amat yakin , pihak Istana tidak akan lantik Perdana Menteri dari penjumlahan SD lagi dan pasti akan melantik Perdana Menteri Interim yang terpilih.

Ini kerana PRU15 akan di adakan dalam masa terdekat untuk melantik kerajaan baru dan tiada keperluan berpolitik luar Batasan mengabaikan masalah negara dan rakyat akibat kerajaan SD.

Leave a Reply