Tengku Zafrul , Tony Pua Dan Ong Kian Ming Dalang Jajaran Baru Perikatan Nasional

Hebahkan !!!

 

Oleh :  Sirajuddin Ahmad.

 

Setelah sekian lama seluruh negara dimomokan oleh kerajaan Perikatan Nasional dengan slogan   “No DAP , No Anwar”  pada awal bermula penubuhkan kerajaan Sheraton Move , kini tiba2 muncul pembuktian bahawa yang sebenar nya berunding dengan DAP ada lah orang2 dari kerajaan Perikatan Nasional ia itu Tengku Zafrul.

 

Dalam isu ini , Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi teruk dihentam dan dibantai atas sebab bualan talipon yang dirakam curi konon sedang berpakat dengan Anwar.

Tapi sehingga saat artikel ini ditulis , tiada apa apa hubungan pun terjalin dengan DAP atau Anwar Ibrahim.

Tambah lagi fakta nya, Presiden boleh berbual dengan sesiapa pun atas kapasiti sendiri , namun tentang dasar dan hala tuju parti tetap perlu di bentangkan di mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi untuk dibahas dan diluluskan.

Pada pembuktian terbaru tentang jalinan Jajaran Baru versi PN , ia sah telah dirunding Bersama oleh Tengku Zafrul dan Tony Pua.

Akhbar Sin Chew melaporkan bahawa Tony Pua dan Ong Kian Ming telah membuat “deal’ Bersama Tengku Zafrul sebelum pun pengumuman habuan “cross-party” diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin pada sidang Media nya.

Maka jelas, apa2 sahaja janji dan ketetapan jika datang dari kerajaan pimpinan sisa2 Tun Mahathir harus dikaji dan dinilai terlebih dahulu atas sebab ia umpama manifesto Pakatan Harapan yang penuh tipu daya.

Kini , bagai dikatakan, orang mahu mati lemas akan capai apa sahaja yang terapung waima selipar buruk.

Dalam waktu yang sama , media2 pro PN dan penulis2 nya cuba menghalalkan Jajaran baru versi PN dengan alasan2 yang terpaksa direka dan di spin.

Ada penulis yang digajikan oleh PN cuba menghalalkan hubungan ini dengan rasional ia tidak sama atas sebab DAP tidak duduk dalam kabinet, ada juga yang menjelaskan bahawa tawaran di buat secara terbuka dan tidak sama semacam Jajaran baru yang di kaitkan dengan UMNO dan Zahid Hamidi.

Tawaran di buat atas sebab mahu kukuhkan kerajaan , auta mereka.

Tapi mereka terlupa, yang di bicara kan di sini bukan versi jajaran, tetapi “DAP” itu sendiri.

No DAP, bermakna No DAP lah.

Botol kicap di tempek pelekat  air “Zam Zam” tetap kicap juga.

Kami sempat jengok di facebook Datuk Seri Najib yang juga ada persoal kan tentang hubungan sulit PN dan DAP seperti di sini.

 

Maka rakyat jangan lah lagi tertipu dengan agenda2 auta dan temberang pemimpin Bersatu dan kabinet nya.

Mereka boleh tipu apa sahaja dan siapa sahaja, rakyat mahu pun Yang diPertuan Agong.

 

 

 

Leave a Reply