Sarkis Yang Sama , Cuma Tukar Cheif Badut #KerajaanGagal 2.0

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad.

 

Cubaan demi cubaan dilakukan oleh menteri2 kerajaan Perikatan Nasional dalam proses cuba selamatkan jawatan masing2.

Mana tidak nya, baru kecapi jawatan sudah terpaksa dibubar pula.

Ada yang belum rasa gaji pertama seperti Penasihat setara Menteri,

Gurindam Melayu ada sebut “Wal hasil balik asal , itu pasal tak hasil”.

 

Tukar lah siapa pun jadi Perdana Menteri , namun jika watak dalam kabinet dan Menteri masih watak yang sama dan orang sama apa pula yang boleh di harapkan?

 

Sebab2 rakyat mahu kerajaan gagal ini dibubar ada lah sebab ia tidak “perform” dan gagal dalam mentadbir negara setelah menggunakan banyak wang rakyat.

Hampir dua tahun dan setelah guna RM600 bilion pun masih gagal selesai isu2 besar negara.

Dalam Ketika rakyat mula ceria dengan khabar kerajaan gagal akan di bubar akibat tidak cukup majoriti, timbul pula khabar bahawa kerajaan ini cuba di selamat kan oleh badut badut yang sama dalam kabinet #KerajaanGagal 1.0.

Mereka berpakat kumpul tandatangan SD baru, untuk kekal berkuasa.

Maka, apa jadi nya? Jadi lah umpama sarkis yang sama cuba menukar Chief Badut sahaja.

Maka persembahan antara #KerajaanGagal 2.0 akan sama sahaja dengan #KerajaanGagal 1.0.

Namun, harapan rakyat masih ada sedikit dengan khabaran bahawa Yang Di Pertuan Agong akan menentukan segala nya jika KerajaanGagal 1.0 gagal persembahkan jumlah majoriti mereka esok.

Leave a Reply