Perdana Menteri Di “Endorse” Oleh Parti Sahaja Yang Boleh Di Iktiraf Perdana Menteri Dari UMNO.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad.

 

Perkembangan terkini berkenaan kedudukan Perdana Menteri SD dari Sheraton Move nampak nya semakin panas dan kalut.

Berlegar di merata rata media bahawa Tan Sri Mahiaddin Yassin telah pasti menyerahkan surat perletakan jawatan nya esok, hari Isnin selepas mesyuarat kabinet.

Terdapat ura2 konon nya atas sebab prinsip kompromi dan mahu menyelamatkan tengkok pemimpin Bersatu yang di percayai banyak penyelewengan , maka nama2 pemimpin UMNO yang berjinak dengan parti Bersatu sahaja di sebut sebagai nama yang akan di calonkan oleh Perikatan Nasional ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong.

Antara nama2 yang di sebut ada lah Datuk Hishamuddin Hussin dan Datui Ismail Sabri.

Namun harus di ingat , calon Perdana Menteri dari UMNO mesti di “endorse” oleh Presiden selepas berunding dengan Majlis Kerja Tertinggi terlebih dulu untuk mendapat restu dan di gelar Perdana Menteri “DARI” UMNO.

Jika tidak melalui proses ini, maka jawatan Perdana Menteri setaraf Timbalan Perdana Menteri hari ini, ia itu Datuk Ismail Sabri , dimana status hanya sebagai ‘di lantik oleh Mahiaddin Yassin” dan bukan oleh “approval” dari UMNO.

Ia, benar selepas di lantik sebagai TPM , Presiden dan mantan Presiden akur sahaja atas sebab telah di lantik tanpa rujukan dan sebagai parti matang UMNO tidak perlu “rock the boat”.

Maka , semua ahli UMNO anggap perlantikan Datuk Ismail Sabri ada lah atas kapasiti dirinya dan bukan atas “endorsement” rasmi parti UMNO.

Maka, kali ini untuk jawatan Perdana Menteri lain cerita nya, PN tidak boleh sesuka hati melanggar begitu sahaja atas sebab masing2 calon yang di sebut ini masih menjadi ahli umno yang sah.

Meminang anak dara orang perlu restu ibu bapa dan keluarga gadis itu terlebih dulu , PN dan Bersatu perlu belajar tentang adab.

Selain perlu bertanya kepada parti UMNO dulu, perkara paling penting PN perlu buktikan jumlah kerusi terlebih dulu, sama ada mereka cukup kerusi untuk ada hak melantikn sesiapa pun , jika tidak PN ada lah persona non grata yang tiada hak.

Boleh kah yang hilang hak kuasa akibat tidak cukup majoriti melantik siapa siapa?

Leave a Reply