Tolak PM8 Atas Sebab Prestasi Buruk , Bukan Sebab Kurang Majoriti Sahaja.

Hebahkan !!!

Oleh   Sirajuddin Ahmad.

 

 

 

Kini , isu perletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin menjadi bualan setiap rakyat diseluruh pelusuk negara.

Sama ada mereka minat berpolitik atau tidak itu sudah tidak penting lagi.

Carian menggunakan tandapagar KerajaanGagal di applikasi TikTok telah mencecah 80 juta.

Jumlah populasi rakyat Malaysia hanya sekitar 32 juta penduduk , jika ditolak dengan jumlah populasi kanak kanak , orang gila dan orang cacat serta yang berada dalam penjara , maka bermakna rakyat Malaysia yang celik IT dan Media sosial yang sama telah berulang kali menggunakan carian #KerajaanGagal.

Begitu juga dengan carian carian dilain-lain platform media sosial.

Ini adalah  “unprecedented” kerana dahulu sebelum kerajaan Pakatan Harapan dibentuk , fitnah yang dibuat oleh Tun Mahathir, DAP , PKR dan lain2 berkenaan 1MDB tidak pun mencecah berpuluh puluh juta “key-in” carian semacam tandapagar “KerajaanGagal”.

Itu pun dikhabarkan kempen memburukan Datuk Seri Najib oleh Tun Mahathir dan PH telah menggunakan dana ratusan juta ringgit diseluruh dunia.

Maka begitu lah tidak popular nya kerajaan pimpinan Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional ini.

Jadi, apa yang harus diutamakan oleh rakyat dan parti2 politik dalam mahu PM8 dan kerajaan nya berundur , ia harus di tumpukan kepada isu pokok dan induk, ia itu pencapaian buruk yakni “under perform” , “flip-flop” , imej dan reputasi yang sangat buruk .

Politiking 24 jam dan berlarutan tidak henti henti akibat mandat yang tipis.

Pencapaian buruk mendatangkan mudarat besar kepada kesehjahteraan seluruh negara dan rakyat, akibat memerintah dalam keadaan tidak stabil.

Jika , disaat akhir, hasil kejayaan politiking belakang tirai menyebabkan PM8 dan kuncu2 nya berjaya mendapatkan jumlah mencukupi untuk kekal berkuasa, maka tolak lah juga kerajaan ini atas sebab utama ia itu “pencapaian buruk”.

Bayangkan RM600 billion telah diperuntukan untuk dibelanja pun masih gagal juga.

Ada orang kata rakyat perlu faham, PM8 memerintah dikala Covid melanda, tapi itu mudah disanggah kerana , PM8 juga diukur dari data Covid bermula di era pemerintahah nya sendiri dibandingkan dengan keadaan data Covid terkini yang juga dibawah pemerintahan nya.

Ia umpama membandingkan buah epal dengan epal.

Selain itu pencapaian ekonomi yang sangat teruk dibawah PN setelah mewarisi pemerintahan yang juga sama teruk dibawah PM7 Tun Mahathir telah menyumbangkan keadaan yang lebih parah.

Rekod dan fakta menyatakan segala nya.

Imej negara tersangat buruk dibawah PH dan PN.

Maka , apa yang boleh di katakan di sini, rakyat perlu tolak kerajaan gagal ini walaupun ia mendapat cukup kerusi untuk terus bernyawa,tolak mereka  kerana prestasi dan rekod buruk nya, bukan atas sebab tidak cukup cukup jumlah kerusi MP.

Leave a Reply