Najib Mahu Lawan Di Mahkamah

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

Telah Viral berkenaan sebuah persatuan NGO membuat rayuan mohon ampun bagi pihak Datuk Seri Najib Razak.

Apa pun portal Mykmu.net telah melaporkan  bahawa Datuk Seri Najib Razak sendiri menolak usaha yang dilakukan oleh NGO tersebut. (nama NGO tidak perlu kami sebutkan).

Berkemungkinan NGO itu bertindak atas kapasiti mereka sendiri tanpa merujuk tuan punya badan iaitu DSNR .

Pendirian DSNR itu boleh dibaca pada laporan Mykmu.net disini – Saya tidak perlu pengampunan – Najib — MYKMU.NET

Untuk pengetahuan umum, DSNR lebih rela “challenge” dakwaan yang dikenakan terhadap nya oleh kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir dimahkamah.

Ini kerana DSNR percaya dakwaan yang diada adakan itu amat mudah untuk di balas hujah.

Kes sita wang dan harta DSNR pun sudah didapati ketiadaan bukti lalu wang dan harta sudah pun dipulangkan kepada DSNR.

Peguam DSNR Tan Sri Shafie  juga telah memberi maklum pada awal kes, jika kes tidak ada campur tangah pihak “luar” DSNR boleh menang kes nya.

Maka keperluan memohon keampunan DiRaja tidak perlu, tambah lagi ia hanya “valid” jika individu itu sudah pun bersalah dan mengaku kesalahan nya untuk di ampunkan oleh Yang DiPertuan Agong.

Pada kes DSNR , lansung tiada ciri ciri ini kerana DSNR sangat “gentleman” untuk hadapi nya.

Maka tindakan NGO terbabit ternyata tidak releven dan tidak kena pada pendirian DSNR.

Tidak Boleh DiNafikan ,Datuk Seri Najib Razak Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim.

Leave a Reply