Presiden Makal Sakti Kata kepada PM8 – “Lubang Kubur Sudah Siap, Hanya Tunggu Jenazah Sahaja”

Hebahkan !!!

Satu dunia sudah pun tahu tentang kedudukan kerajaan Perikatan Nasional kata R.S Thanenthiran , Presiden Parti Malaysia Makkal Sakti.

Umpama lubang kubur yang sudah pun di gali dan hanya menunggu ketibaan jenazah untuk dikambus.

Thanethiran juga mengandaikan “permainan sudah tamat” dan tiada guna segala cubaan untuk menyelamatkan perlawanan.

“Time Over PM”, begitu lah entri yang dimuat turun di laman Facebook nya.

Tanenthiran juga menyedari Perdana Menteri Tan Sri Mahidddin sudah kurang membuat sebarang kenyataan dalam beberapa hari ini dan mengandaikan ia sebagai bukti PM8 akur kerajaan sudah gagal atas sebab hanya menggunakan Menteri sahaja sebagai jurucakap.

Apa pun, tanpa kenyataan dari Presiden Malaysia Makkal Sakti pun seluruh dunia dan rakyat Malaysia sudah maklum tentang kisah nyawa-nyawa ikan kerajaan Perikatan Nasional yang hidup atas SD.

Apabila Perdana Menteri meminta penangguhan sehingga September untuk umum diParlimen ia ada lah untuk membida masa bagi menambah sokongan.

Ini kerana jika sudah ada cukup sokongan “there and then” pada saat itu (Ketika bertemu YDPA) , apakah keperluan menunggu bulan September pula?

Apa pun kenyataan yang pasti disetujui ramai adalah Thanenthiran menyatakan Malaysia sudah lagi tidak dijulang tinggi seperti dulu akibat permainan politik menjijikan.

Ini amat benar , dan kita harus menukar kepimpinan dengan segera.

-Sirajuddin Ahmad

Leave a Reply