PAS Mula Sedar Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang

Hebahkan !!!

Mungkin selama ini PAS berada didalam keadaan sindrom penafian, setiap kali perbualan berkenaan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional.

PAS akan sentiasa cuba membawa imej dan kenyataan bahawa kerajaan PN masih kukuh dan teguh.
Tiap kali timbul isu sokongan atau isu reputasi kerajaan PN , PAS juga lah membela kerajaan PN melebihi ahli-ahli parti Bersatu sendiri dan juga UMNO.

Apabila timbul kekecohan berkenaan Kerajaan PN ada lah kerajaan gagal , PAS juga lah melalui Timbalan Presiden persoal semula pada yang sergah , dimana gagal nya kerajaan PN.

Untuk rekod, PAS juga yang mula menodai kerajaan Muafakat Nasional dengan hubungan bersama parti Bersatu.

Alasan tidak masuk akal yang diberi oleh PAS ada lah demi pemuafakatan Melayu dan Islam.

Namun, apabila disergah dengan Parti PAN juga harus dijemput atas alasan sama , PAS mula memberi dalil dan musabab nya nya tersendiri untuk menafikan PAN

PAS “spoil” kan segala-gala yang telah dibentuk, setelah kejayaan bersama UMNO dicipta dari PRK Cameron Highland dan kemudian dengan himpunan ICERD , PAS mula berlaku curang dengan memakan umpan dari parti Bersatu.

Akhir nya terlerai semua Muafakat yang bermula dengan baik, dan kini muncul segala masalah hasil dari hubungan dengan Parti Bersatu.

Apa yang menarik ada lah akuan dan kenyataan terkini dari Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati ahli-ahli PAS tentang persedian menerima hakikat kerajaan dokongan nya bakal tumbang.

Syukur PAS sudah mula melangkah ke alam realiti.

– Sirajuddin Ahmad

Leave a Reply