Menteri Dan MP Sibuk Dengan Pertemuan Sulit Sana Sini

Hebahkan !!!

Dalam perkembangan terbaru , terdapat banyak laporan berkenaan pertemuan sulit dan tidak sulit antara Menteri-menteri dan MP-MP pro Kerajaan PN.

Selain pertemuan yang dapat dilihat dari pintu pagar seperti kediaman Perdana Menteri dan Wisma Perwira, pertemuan bertaraf kecil-kecilan juga dilaporkan banyak diadakan.

Ini penanda bahawa kerja bida-membida serta tawar-menawar sedang giat dilakukan untuk cubaan terakhir menyelamatkan apa yang hampir pasti sudah tidak dapat diselamatkan iaitu tamat nya riwayat kerajaan Perikata Nasional.

Selain kerja bida-membida, cadangan-cadangan serta strategi juga sedang dibuat untuk menyelamatkan kerajaan Parikatan Nasional yang sudah hilang sokongan majoriti.

Walaupun ada pertemuan cuba dibuat secara sulit , namun wartawan dan media sudah bersiap sedia dan stanby di kediaman dan premis yang telah dikenal pasti sebagai lubuk pertemuan tersebut.

Hampir semua pertemuan sulit dan terdedah yang dibuat tidak pernah ada press conference susulan.

Terkini malam tadi kenderaan Menteri termasuk Hishamuddin Tun Hussin juga kelihatan masuk ke premis Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Kenderaan menteri dan MP lain juga turut terlihat.

Sebelum ini sudah banyak kali pertemuan sulit dan terdedah dilihat diadakan,

Pertemuan ini sering berakhir tanpa Press Conference.

Ini dapat difahami atas sebab mahu berahsia serta mahu melindungi strategi dan tindakan.

Amat malang dikala negara semakin teruk dilanda pandemik Covid, ahli parlimen dan pemimpin sibuk menguruskan hal kuasa mereka yang hampir pasti terlepas dari tangan.

Ini lah petaka apabila kerajaan dibina atas dasar lompat melompat dan pembelian jiwa.

Yang rugi siapa? Rakyat juga.

– Sirajuddin Ahmad

Leave a Reply