Tukar Kerajaan Tidak Mungkin Ganggu Kerja Melawan Covid

Hebahkan !!!

Ada juga suara suara yang mahu menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional dari tumbang dan dapat terus memerintah menggunakan alasan Covid untuk lojik mereka.

Konon nya sesiapa yang mahu tukar kerajaan ada lah pengkhianat kepada usah ini.

Tapi harus di ingat Covid sudah bersama kita hampir dua tahun dan nama nya pun covid-19 dan bukan coovid-2020.

Pasti dalam masa dua tahun ini semua pasarana melawan nya telah di asaskan di Kementerian Kesihatan dan bukan di level menteri.

Jika ada yang andaikan bahawa berpolitik menggangu kerja pulih Covid, harus di ingat dalam melawan Covid kerajaan PN sempat berpolitik mengenakan pemimpin UMNO terutama nya Datuk Seri Najib dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan pelbagai bagai dakwaan.

Malah DSNR dikenakan dakwaan baru SRC.

Selain itu kerajaan PN guna LHDN juga.

Kerajaan PN juga dikatakan tangan ghaib di belakang surat Registar of Society (RoS) dalam persoalkan tindakan MKT UMNO tangguh pemilihan parti.

Maka , pendek kata dalam konon sibuk tangani Covid, PN lah terutama ahli Bersatu dalam kerajaan kuat berpolitik.

Mereka kerja keras untuk mencari “katak” bagi perkukuhkan kapal PN yang kian karam.

Ada juga laporan menyatakan MP tertentu umno sibuk pergi merata rata bahagian UMNO nuntuk menghasut Ketua bahagian reverse decision tentang pendirian PAU umno tentang hubungan dengan PN.

Maka , tidak masuk akal untuk menyatakan tukar kerajaan boleh ganggu kerja tangani Covid.

Untuk makluman , dalam hampir dua tahun melawan Covid keadaan negara semakin “worst” di”ranking”dunia.

Setelah menggunakan banyak wang kita semakin teruk dan bertambah ramai kena jangkitan, maka ini lah sebab yang kuat untuk menukar kerajaan supaya pentadbir baru dapat idea dan cara yang baik pulih masalah negara.

Sambil itu orang seperti Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham boleh laksanakan tugas.

Ini supaya tidak ulangi kesilapan kerajaan PN pimpinan TS Mahiaddin Yassin yang membuat keputusan politik atasi keputusan kesihatan rakyat. (Political decision above medical}.

 

Leave a Reply