Nyawa Kerajaan PN Sudah DiPenghujung – PN Days Are Numbered

Hebahkan !!!

 

Nampak nya bersilat tepis menepis kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke8 Tan Sri Mahiaddin Yassin bakal tamat Riwayat nya tidak beberapa lama lagi.

Hal ini atas sebab sudah sah hilang sokongan majoriti.

Dimaklumkan , Yang DiPertuan Agong berkemungkinan tidak akan ulang lagi melantik Perdana Menteri atas sokongan SD atas sebab kerajaan Sheraton Move juga terhasil dari SD namun tidak pernah stabil dan tenteram.

Tiap saat ada sahaja pertukaran sokongan {pledge of support} yang berubah ubah.

Bagaimana negara hendak keluar dari masalah dan pandemik Covid dan ekonomi jika pemerintah itu sendiri bermasalah.

Ekonomi negara juga turut terkesan dengan imej kerajaan tidak stabil.

Ini ditambah dengan kelakuan Tun Mahathir yang membatalkan banyak perjanjian bertulis Ketika mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional , maka dunia luar khusus nya pelabur infrastruktur dan pelabur ekuiti amat takut untuk masuk melabur atas sebab Tindakan Tun Mahathir membatalkan perjanjian “Black and white” sesuka hati, maka pelabur pasti sangka kerajaan yang bakal mengganti juga akan ikut jejak sama.

Jadi “uncertainty rule” dari segi pelaburan dan ekonomi.

Tambah buruk lagi dengan negara besar seperti China pun selamba Sahaja Kerajaan Tun Mahathir tidak hormat apa yang sudah di meterai, apa lagi negara kecil tentu lah takut untuk masuk melabur.

Selain negara China dan Singapura , Saudi Arabia juga menjadi mangsa kepada pembatalan janji kerajaan PH Tun Mahathir.

Singapura dengan HSR dan Saudi Arabia dengan King Salman peace Center dan penarikan semula tentera dari Saudi Arabia.

Negara2 yang dibantu Saudi Arabia dan sekutu juga segan untuk melabur atas rasa hormat kepada Saudi Arabia.

Kembali kepada topik diatas, nyawa kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin agak pasti tamat Riwayat nya jika aktiviti politik semasa artikel ini di tulis diambil kira.

Dari sumber dan maklumat yang kami terima, telah sah sokongan terhadap kerajaan Sheraton Move Tun Mahathir ini telah tiada lagi mendapat mandat secukup dari MP2.

Maka jika hendak cerita tentang isu RoS dan UMNO , maka kerajaan PN ini sendiri sudah tidak valid untuk membuat dasar atau mengguna kuasa kerana ditafsir secara teknikal telah bukan lagi kerajaan.

Maka YDPA pasti melakukan sesuatu atas sebab bertanggung jawap terhadap kepimpina negara.

Ada juga laporan menyatakan Tengku Razaliegh bakal dilantik mengambil alih kerajaan interim sehingga 6-12 bulan untuk mententeramkan susana politik dan perbaiki negara dari terlalu banyak politking.

Apapun PM8 sudah cara teknikal hilang mandat untuk pegang jawatan.

 

Leave a Reply