Mahiaddin Mungkin Berjaya Tawan MP UMNO , Tapi Masih Gagal Tawan Akar Umbi

Hebahkan !!!

Dapat kepala tapi belum dapat ekor.

Dapat pucuk tapi tak dapat akar nya..

Itu lah rumusan terbaik yang boleh di buat terhadap kedudukan kerajaan pimpinan Pakatan Nasional dan UMNO.

Ketika MP2 umno berlawanan membuat pengistiharan ada MP yang masih bersama parti umno dan ada yang mahu bersama dengan kepimpinan Mahiaddin Yassin , satu perkara harus di ingat, rebutan ini dan sokongan ini hanya di peringkat kepimpinan sahaja dan bukan diperingkat akar umbi umno.

Di peringkat akar umbi tidak berganjak sokongan terhadap parti.

Itu juga lah sebab nya walaupun ramai MP umno terutama yang dapat jawatan dari kerajaan PN walaupun bersungguh sungguh nampak menyokong PN dan Bersatu namun tiada yang mahu istihar melompat atau mahu menjadi ahli Bersatu.

Ini mungkin akibat mereka sedar masa depan mereka hanya ada pada umno.

Mungkin mereka juga sedar kekuatan Bersatu hari ini atas sebab prospek Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri ke7 sebelum ini dan Mahiaddin menjadi Perdana Menteri hari ini.

Ambil contoh Datuk Noraini Ahmad misal nya, Yb Noraini sedar kekuatan diri ada lah atas sebab sokongan wanita UMNO.

Jawatan Menteri hanya sementara sahaja sebelum Bersatu tumbang, namun jawatan ketua Wanita lebih ampuh dan solid dan miliki masa depan yang cerah.

Begitu juga pemimpin seperti Ismail Sabri, jawatan TPM hanya jawatan yang sementara dari Bersatu dan bukan dari UMNO , tumbang Mahiaddin, hilang lah jawatan TPM.

Kedudukan dalam umno dan calon MP umno lebih terjamin dari jawatan TPM sementara.

Apapun yang sah dan pasti, tiada “ground movement” di akar umbi dalam skala besar, dan warlord warlord yang proBunga belum tentu dapat bawa tentera dibahagian masing2 sujud kepada parti Bunga.

 

Leave a Reply