Presiden UMNO Berjawatan PM Pun Di Langgar, Apatah Lagi Yang Tiada Kuasa PM

Hebahkan !!!

Presiden UMNO Berjawatan PM Pun Di Langgar, Apatah Lagi Yang Tiada Kuasa PM

Di saat My-News.online menulis topik ini , suasana politik Negara dan khusus nya umno sedang bergolak.

Pihak2 MP UMNO [email protected] sedang menyerang Presiden dengan pelbagai cemuhan dan kritikan.

Turut di kecam ada lah Datuk Seri Najib Razak, mantan Presiden UMNO.

Kluster Menteri ProBunga dan anti Presiden menyerang Presiden parti sendiri demi mahu menjilat Presiden parti lawan.

Mereka turut disokong oleh kluster berkepentingan terutama nya kluster yang takut didakwa.

Namun, hal sebegini tidak lah menghairankan atau terlalu pelik.

Ini kerana dalam sejarah UMNO, ini lah kali pertama Presiden mereka tiada berjawatan Perdana Menteri, bukan setakat itu sahaja, ini juga pertama kali dalam sejarah UMNO mereka tidak berkuasa lagi.

Justeru itu, sikap tidak biasa dengan peranan jadi pembangkang dan tiada habuan projek projek serta jawatan menjadi perkara luar biasa.

Bayangkan ketika DSNR menjadi Presiden dan Perdana Menteri yang ada kuasa mengagihkan jawatan , projek projek serta habuan , pun ada yang melawan dan degil tidak mahu ikut cakap Presiden , apatah lagi dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang tiada apa apa untuk di beri dan untuk ikat ahli2 untuk menyokong nya.

Individu2 seperti Mahiddin Yassin , Husni Hanazlah dan juga shafie Apdal tergolong dalam kelompok melawan Presiden waima telah di beri jawatan dan habuan.

Husni misal nya , telah mendapat jawatan Menteri Kewangan menjaga duit Negara , pun melawan juga.

Tan Sri Mahiddin yang mendapat 2 jawatan dalam kabinet serta mendapat projek pun melawan juga.

Begitu juga dengan Shafie Afdal yang mendapat jawatan dan peruntukan puluhan billion (entah kemana pergi nya} pun melawan Presiden juga.

Maka , fikirkan lah apabila Presiden seperti Datuk Zahid Hamidi yang tiada kuasa untuk memberi jawatan atau gula gula tentu sekali lah kluster materialistik ini akan pingirkan dan berani melawan.

Selain melawan Presiden sendiri , mereka menjilat Presiden parti lawan yang dapat umpan macam2 habuan dan jawatan.

Maka tidak hairan lah jika ahli yang tidak pandai menilai membuat rumusan tidak tepat terhadap Presiden yang tiada kuasa Perdana Menteri akibat tidak biasa dengan kedudukan  baru parti umno akibat 60 tahun lebih menjadi parti yang miliki kuasa.

Masalah bukan pada Presiden tapi pada puak engkar dan hauskan jawatan.

 

 

 

Leave a Reply