UMNO Berpecah Di Atas , Tapi Masih Solid Di Peringkat Akar Umbi

Hebahkan !!!

Sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri membuat Sidang Media mengumumkan sokongan nya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin ,satu perkara telah dapat di sahkan , ia itu kelompok yang bersama nya tiada sokongan akar umbi.

Ini dapat di buktikan dengan pengumuman perletakan jawatan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad selepas sidang Media yang di buat oleh Datuk Ismail Sabri.

Boleh di kira bersama Datuk Noraini ada lah sayap Wanita yang menjadi teras sokongan dan backbone kepada UMNO.

Umum mengetahui bahawa Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO juga tidak bersama sama splinter group yang di ketuai oleh Ismail Sabri dengan pendirian jelas Asyraf Wajdi dan juga Zahida Zarik Khan.

Maka kini sah lah kedudukan yang dapat di lihat dari seluruh senerio ada lah UMNO kelihatan seolah olah berpecah di atas  tapi di akar umbi ia tetap solid dan teguh.

Harus di ingat , dari awal lagi ketika UMNO tumbang pada pru14, ahli bawahan UMNO tidak sedikit pun berganjak dari menyokong UMNO.

Mereka tetap bersama UMNO dan Presiden serta Datuk Seri Najib Razak.

Ini terbukti dengan kekecewaan Tun Mahathir apabila dia melihat tiada  berbondong bondong pun orang UMNO berhijrah kepada parti  Bersatu lalu kemudian beliau menggugut Presiden UMNO Zahid Hamidi untuk membubar UMNO.

UMNO masih kuat di bawah dan hanya terlihat MP2 yang berkepentingan sahaja yang bersungguh sungguh mahu bersama Tan Sri Mahiaddin dan Perikatan Nasional.

Tanpa sokongan ketiga sayap , puak kluster engkar yang di wakili Ismail Sabri tidak akan ke mana pada pemilihan UMNO dan juga pada pru15 nanti.

Leave a Reply