Sungguh Memalukan Apabila The Economist Dakwa Kepimpinan Negara Malaysia Sungguh Memualkan

Hebahkan !!!

Pada laporan terbaru media The Economist terbitan 5 hb Ogos ada terdapat satu judul berita yang bertajuk “Malaysian Politics Are Rotten From The Top”.

 

Tajuk yang yang boleh di terjemah secara literal bahawa kempimpinan Negara Malaysia sungguh memualkan atau pun amat menjijikan.

Begitu sekali pandangan The Economist terhadap kepimpinan Negara yang di terajui oleh Perdana Menteri SD Tan Sri Mahiddin Yassin.

Pada laporan ini , The Economist mencerita kan betapa Malaysia telah beralih kepada kepimpinan yang tidak mendapat sokongan rakyat dan rakyat nya menderita kesusahan.

Walaupun Negara lain turut di landa pandemik  covid  namun rakyat Malaysia telah terpaksa mengibarkan  bendera putih sebagai bukti keadaan telah terlalu parah akibat salah tadbir urus kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiddin.

Sebelum laporan The Economist ini Media Bloomberg dan South China Morning Post serta lain2 juga turut melaporkan keadaan buruk Negara Malaysia.

Bloomberg dan The Economist ada lah media yang sangat berpengaruh di kalangan ahli ekonomi dan ‘Fund Manager’ yang menguruskan dana portfolio pelaburan bernilai ratusan billion.

Jika laporan sebegini jadi bahan tajuk media dunia , apa harapan Malaysia akan dapati dari sudut pelaburan saham dan infrasturktur?

Malaysia nampak nya harus menukar kepimpinan Negara demi mahu kembalikan keyakinan pelabur.

Selain masalah covid dan ekonomi , masalah terbesar ada lah imej dan reputasi pemerintah.

Leave a Reply