Jika mahu kes digugur, saya kena bodek bukan lawan, kata Najib

Hebahkan !!!

Jika mahu kes digugur, saya kena bodek bukan lawan, kata Najib

Jika mahu kes digugur, saya kena bodek bukan lawan, kata Najib

PETALING JAYA: Najib Razak meminta pihak yang mendakwa beliau adalah individu yang mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah, supaya membuat laporan polis.

Bekas perdana menteri berkata, dakwaan itu sangat tidak masuk akal kerana mustahil untuk beliau meminta hakim Mahkamah Rayuan ditukar memandangkan panel tiga hakim hanya dipilih pada April 2021.

“Sedangkan saya hanya jumpa Muhyiddin pada bulan Disember 2020. Tambahan pula, Perhimpunan Agung Umno sudah pun berlangsung pada bulan Mac 2021 dengan keputusan tarik diri dari kerajaan PN, iaitu juga sebelum pemilihan hakim Mahkamah Rayuan.

“Jadi, macam mana pulak saya minta tukar hakim sedangkan hakim belum dilantik, dan Umno sudah putuskan untuk tarik diri dari (menyokong) Bersatu?” katanya di Facebook hari ini.

Kenyataan Najib itu susulan dakwaan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dalam Facebooknya hari ini bahawa antara kes yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dalam kenyataan semalam adalah membabitkan Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Wan Saiful dalam kenyataan dipetik berkata, ada yang mengatakan Zahid pernah meminta Muhyiddin menggugurkan kes-kes beliau manakala Najib pula pernah meminta Muhyiddin menukar hakim dalam proses rayuan.

Menjelaskan perkara itu Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Wan Saiful dan Muhyiddin sebenarnya yang menipu.

“Penipu besar yang sebetulnya Muhyiddin dengan Wan Saiful Wan Jan ini.

“Orang tanya dia jika dia sedar hakim saya sudah ditukar dan kenapa hakim saya ditukar, dia cerita pula saya minta tukar hakim.

“Kalau mereka sanggup menipu Agong, rakyat, Parlimen dan ada ‘track rekod’ suka khianat, sudah tentu mereka akan tipu tentang perkara ini juga untuk digunakan sebagai alasan kenapa saya tak mahu sokong kerajaan gagal,” katanya.

Kata Najib lagi, pihak yang membuat dakwaan itu sepatutnya membuat laporan polis atas dakwaan berkenaan.

“Lebih elok, korang lapor polis kata ada saya nak suruh Muhyiddin tukar hakim kes saya. Nyatakan bila saya pernah minta Muhyiddin sedangkan sejak awal tahun saya dan Umno tak lagi berhasrat bersama kerajaan yang berkali-kali gagal.

“Jika saya mahu kes saya digugurkan, saya akan minta ‘hints’ dari Xavier, Azmin dan lain-lain. Nak gugur kes? Bodek. Bukan lawan,” katanya.

Jika mahu kes digJika mahu kes digugur, saya kena bodek bukan lawan, kata Najibugur, saya kena bodek bukan lawan, kata Najib

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook KAMI


OLIMPIK: Hoy menang pingat pada usia 62 tahun

 

Leave a Reply