Apa Jadi Kisah Campurtangan Mahathir-Sri Ram – Appandi?

Hebahkan !!!

 

Sekarang ini sedang panas isu Perdana Menteri TS Mahiadin bercakap konon nya ada pihak mahu dia campurtangan dengan urusan mahkamah berkaitan pemimpin umno.

Walaupun tiada nama di sebut oleh PM8 , namun tekaan dapat di buat ia di tujukan kepada kelompok kluster mahkamah umno.

Ini berdasarkan kemungkinan atas sebab implikasi umno telah umum untuk tarik sokongan kepada kerajaan pimpinan TS Mahiadin.

Maka jelas lah kepada pihak mana ia di sasarkan.

Jika ini yang cuba di gambarkan, persoalan timbul pada isu campurtangan dan kemungkinan salah laku oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Pada dakwaan yang pernah di nyata kan oleh bekas peguam negara Tan Sri Appandi Ali seperti di laporkan oleh akhbar Sinar, pada 10 hb Jun 2020 . Sri Ram ada datang ke kediaman nya dengan mambawa pesanan dari Tun Mahathir agar membuat persiapan untuk mendakwa dan menangkap DSNR.

Dakwaan ini amat berat dan condong kepada mempengaruhi sesuatu kes.

Jika PM8 serius untuk menyatakan ada pemimpin umno mahu kes mereka di campurtangan oleh PM8 , maka dakwaan bekas AG juga perlu di siasat dan juga timbul persoalan kenapa ia tidak di siasat.

Kerajaan TS Mahiadin perlu hakis pandangan bahawa dia hanya berdendam dengan pemimpin umno dan tidak ambil pusing jika ia di lakukan oleh pihak bukan dari umno.

Tidak menjadi musykil apabila menjadi kenyataan popular bahawa kerajaan PH PN amal selektif presecution.

Seharus nya , dakwaan yang di nyatakan oleh TS Appandi boleh di jadikan contoh.

 

Leave a Reply