EWAL & ADDA RANCANG NIKAH

Hebahkan !!!

EWAL & ADDA RANCANG NIKAH

EWAL & ADDA RANCANG NIKAH

Hubungan vokalis kumpulan Kristal, Ewal, 29, dan Adda, 33, yang selama ini persis kakak dan adik, kini saling terpaut selepas kerap merakamkan lagu saduran bersama. Adda mengaku mengenali Ewal sejak 15 tahun lalu.

“Selama ini, hubungan kami umpama kakak dan adik. Keluarga kami pun saling mengenali dan baik. Hendak dijadikan cerita, kami rapat apabila mula menghasilkan lagu ‘cover’ sejak Jun lalu. Tidak sangka pula kali ini ‘terjebak’ sampai ada perasaan,” katanya.

Adda yang pernah menganggotai kumpulan Butterfly, mengesahkan bakal bernikah dengan Ewal akhir tahun ini. Tidak hairanlah, sejak akhir-akhir ini, baik Ewal atau Adda, masing-masing kerap berkongsi foto termasuk ketika sesi rakaman lagu saduran atau ‘cover’ yang dimuat naik di YouTube.

Adda yang juga adik kepada Rodi Kristal, pernah dua kali mendirikan rumah tangga. Melalui perkahwinan kedua, Adda dikurniakan sepasang cahaya mata, Tisha Deandra, 7, dan Aydan Zafarel, 6. Bagi Adda atau nama sebenar, Nur Syuhada Baharuddin, jarak usia antara mereka bukan halangan dalam bercinta.

“Mungkin sebelum ini, jodoh saya dengan lelaki berusia dan berada. Tetapi kali ini, jodoh saya dengan lelaki muda. Kekayaan tidak pernah menjanjikan kebahagiaan.

“Barangkali, saya sudah puas mencuba itu dan ini. Insya-Allah, kami merancang bernikah akhir tahun ini… Semuanya masih dalam perbincangan,” jelasnya.

Mengenai Ewal atau nama penuhnya, Ikhwal Hafiz Ismail, Adda menyifatkan kekasihnya itu bertanggungjawab dan menghormati orang tua.

“Tak kiralah tua atau muda, dia hormat. Ewal juga berkeyakinan tinggi, penyabar dan lemah lembut. Dia sangat matang biarpun muda berbanding saya. Seperkara lagi, Ewal terima saya dan dua anak. Malah, pandai mengambil hati saya, anak dan keluarga,” ujarnya.

EWAL & ADDA RANCANG NIKAH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook KAMI


ELFIRA LOY KENA KECAM DEK RISAU TAK DAPAT SAMBUT BIRTHDAY ANAK

Leave a Reply