20 ditahan berpesta dadah, seks di banglo

Hebahkan !!!

20 ditahan berpesta dadah, seks di banglo

20 ditahan berpesta dadah, seks di banglo

PETALING JAYA: Sepasang kekasih antara 20 individu ditahan ketika sedang leka berpesta dadah dan seks di sebuah banglo di Taman Starhill, Bukit Gambir, Georgetown, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Serbuan yang diketua Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Akmal Yahaya berkata, menyerbu banglo tersebut pada jam 12.30 tengah malam hasil maklumat orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang, Rahimi Ra’ais berkata, seramai 20 individu terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan 17 hingga 25 tahun ditahan.

Siasatan awal mendapati mereka menyewa banglo tersebut untuk tempoh sehari dengan kadar sewa RM800 menerusi Facebook bagi kegunaan parti liar.

Soal siasat juga mendapati wang sewaan banglo itu dibayar oleh 13 lelaki berkenaan dengan mengumpul RM70 setiap seorang sebelum menjemput wanita yang dikenali mereka untuk turut serta parti liar tersebut,” katanya menurut laporan Malaysiagazette.

Rahimi berkata, polis turut merampas dadah, kondom serta peralatan sistem audio, malah ujian saringan awal air kencing mendapati 12 lelaki dan lima wanita positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kesemua suspek yang positif dadah direman empat hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (kesalahan kecuaian yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit merbahaya), Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

20 ditahan berpesta dadah, seks di banglo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook KAMI


USAHAWAN KOSMETIK MAKAN DURIAN DENGAN ‘TETAMU’ : AKAN DIPANGGIL POLIS

Leave a Reply