ERMA FATIMA TAMPIL MINTA MAAF

Hebahkan !!!

ERMA FATIMA TAMPIL MINTA MAAF - 'KOYAK' DIHERDIK NETIZEN ISU INFLEUNCER 'BIADAP'

ERMA FATIMA TAMPIL MINTA MAAF – ‘KOYAK’ DIHERDIK NETIZEN ISU INFLEUNCER ‘BIADAP’

“Saya minta ampun dan maaf kerana terpaksa tutup semua komen yang ada dalam IG. Niat saya buka IG untuk seronok dan kongsi aura positif. Sejak kisah Carl ini, terlalu banyak maki-makian… saya rasa itu satu aura tidak bagus dan toksik, dan  tak perlu orang memaki dan menggalakkan lagi orang maki.

“Saya tak berminat… isu Carl ini tak perlu viral. Saya dah tua dan dah nak mati. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Dah tak ada masa nak fikir fasal viral. Anda ada prinsip anda, begitu juga saya,” kata pelakon dan pengarah Erma Fatima.

Erma telah menerima kecaman daripada netizen, selepas dirinya memberi pendapat berbeza mengenai influencer media sosial meninggikan suara terhadap warga emas.

ERMA FATIMA TAMPIL MINTA MAAF - 'KOYAK' DIHERDIK NETIZEN ISU INFLEUNCER 'BIADAP'

Enggan membiarkan laman sosialnya menjadi medan orang ramai menjadi lebih tidak beradab, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram.

Menurut pelakon berusia 53 tahun ini, dia tidak mahu kenyataannya berhubung isu influencer yang dikenali sebagai Carl Samsudin itu terus menjadi tular dalam konteks yang negatif.

Sementara itu, kakak kepada aktres Datin Seri Umi Aida ini turut mengakui dia berasa kesal dengan sikap segelintir anak muda yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial.

“Saya akui saya rasa ‘koyak’ dan rabak tengok anak muda bangsa kita yang konon-kononnya bercerita tentang adab tapi peradaban anda dalam sosial media… nauzubillah. Saya minta maaf kepada yang suka dan tak suka, minta maaf untuk seketika ini, kita tutup dahulu komen,” jelasnya lagi.

Erma menerusi kenyataannya sebelum ini berkata dia tidak melihat Carl Samsudin bersikap biadab sebaliknya hanya ingin memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda. Pernah berdepan dengan gelandangan bermasalah, Erma beranggapan segelintir mereka sememangnya memerlukan teguran keras jika mahu perubahan.

Dalam pada itu, pelakon drama siri ‘Mak Cun’ ini memberitahu dia tidak pernah menggunakan bahasa tidak elok ketika menyuarakan pendapat malah beranggapan Carl juga sama sepertinya.

“Saya tak guna bahasa tidak baik… begitu juga Carl. Mungkin peradaban, dia sedikit kasar tapi masing-masing ada prinsip. Masing-masing ada hak untuk komen. Platform saya bukan tempat untuk maki, terpaksa tutup komen untuk ketika ini bagi meredakan emosi anda,” ujarnya.

Sejak Rabu, tular video seorang usahawan yang juga influencer media sosia meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur sehingga mengundang kecaman netizen. Bagaimanapun, Carl menerusi Instagram miliknya tampil membuat permohonan maaf dan turut bertemu semula dengan warga emas tersebut.

ERMA FATIMA TAMPIL MINTA MAAF – ‘KOYAK’ DIHERDIK NETIZEN ISU INFLEUNCER ‘BIADAP’


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


 

Zeera tiada pilihan

Leave a Reply