Zeera tiada pilihan

Hebahkan !!!

Zeera tiada pilihan

Zeera tiada pilihan

PELAKON, Zeera Azizi, 25, yang dikenali menerusi drama bersiri Love Elsa kehilangan pendapatan apabila penggambaran drama terpaksa dihentikan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu.

Zeera berkata, dia kini terpaksa bergantung dengan pendapatan menerusi ulasan atau reviu berbayar produk di Instagram.

“Sekarang saya hanya duduk rumah sambil buat reviu berbayar. Dulu saya ada pendapatan tetap sebagai pramugari Malindo Air. Namun, kontrak saya tak disambung pada September lalu akibat pandemik Covid-19. Jadi, saya berlakon sepenuh masa sebagai punca pendapatan utama.

“Bagaimanapun, dengan keadaan sekarang saya sudah tiada pendapatan lagi. Untuk itu saya kenalah berusaha cari juga pendapatan dengan melakukan ulasan produk di Instagram,” katanya kepada RAP. Menurutnya, dia tiada pilihan dan tidak kisah untuk mempromosi apa saja produk yang sesuai asalkan ada bayaran.

“Saya tiada pilihan dan kenalah merendah diri dengan semua orang. Namun, saya bersyukur kerana dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 ketika ini, sudah ada tawaran penggambaran drama,” katanya yang tinggal menyewa bersama adiknya.

Zeera mengakui dia pening memikirkan cara menambah pendapatan selepas ditamatkan kontrak sebagai pramugari.

Dalam perkembangan lain, Zeera bersyukur kerana wataknya sebagai Sofea menerusi Love Elsa yang berakhir tayangannya baru-baru ini diterima baik penonton.

Zeera tiada pilihan


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


Resepi Blueberry Cheesetart

Leave a Reply