Wanita lain muncul tawar diri jadi madu

Hebahkan !!!

Wanita lain muncul tawar diri jadi madu

Wanita lain muncul tawar diri jadi madu

Lombok: Seorang wanita pasrah apabila majlis pernikahannya turut disertai wanita lain yang mahu menjadi madunya.

Nur Khusnul Kotimah, 20, dari Dusun Batugulung, Desa Prabu, Lombok Tengah, menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir apabila suaminya meneruskan pernikahan dengan seorang lagi wanita.

Suaminya, Korik Akbar, 20, turut menikahi bekas kekasih, Yuanita Ruri, 21, dari Dusun Sade, Desa Rembitan, Lombok Tengah pada majlis sama.

Khusnul berkata, dia pasrah suaminya menikahi wanita lain kerana ketika Yuanita tahu mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan, dia tampil menemui Korik dan minta untuk dinikahi juga.

“Bekas kekasih suami saya (Yuanita) tahu mengenai rancangan kami untuk bernikah melalui media sosial kerana ramai rakan-rakan mengucapkan tahniah.

“Kerana itu, dia minta untuk dijadikan isteri juga,” katanya.

Khusnul berkata, kisah pernikahan ini bermula dengan proses merariq pada minggu lalu.

Merariq adalah adat yang memerlukan wanita ‘diculik’ oleh lelaki pilihannya yang mana proses berkenaan diketahui oleh ahli keluarga.

Perempuan yang diculik akan dibawa ke rumah keluarga lelaki.

“Beberapa minit selepas tiba di rumah Korik, seorang wanita muncul dan minta dinikahi juga,” katanya.

Sementara itu, Korik mengaku sangat terkejut atas kedatangan bekas kekasihnya yang dikenali sejak 2016.

“Saya tidak menyangka dan sangat terkejut. Namun, selepas berbincang dengan keluarga, saya membuat keputusan untuk menikahi kedua-duanya.

“Mas kahwin untuk kedua-duanya juga sama iaitu 1.75 juta Rupiah (kira-kira RM510),” katanya.

Menurutnya, ketika ini dia berasa sedikit susah hati kerana masih belum mendapat pekerjaan untuk menanggung dua isteri.

Wanita lain muncul tawar diri jadi madu


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


CAPRICE : AIR MATA & KOPIAH TU TIDAK BOLEH SELAMATKAN KAMU LAGI DAH

Leave a Reply