Influencer terkenal India ditahan rakam video bunuh diri palsu

Hebahkan !!!

Influencer terkenal India ditahan rakam video bunuh diri palsu

Influencer terkenal India ditahan rakam video bunuh diri palsu

Seorang influencer di India ditahan gara-gara memalsukan kematiannya di video YouTube minggu lalu.

Ifran Khan, 28, merakam sebuah video di mana dia berpura-pura membunuh diri selepas dikecewakan kekasihnya.

Video itu menunjukkan bagaimana Khan, atau lebih dikenali sebagai Iffy Khan di YouTube, sedang bercakap di telefon dengan individu yang dipercayai menolak cintanya, lapor The Sun.

Dengan bantuan kesan khas dan suntingan, ia kemudian menunjukkan bagaimana dia memalsukan kematiannya.

Klip yang turut dikongsi di Instagram itu berjaya mengumpan lebih 44,000 pengikut dan tular di Twitter sebelum diketahui polis.

Khan didakwa kerana melakukan perbuatan yang membahayakan nyawa orang lain dan dirinya selain melanggar undang-undang.

Dia juga didakwa menerbitkan kenyataan yang bersifat khabar angin atau berita yang membimbangkan dengan niat menghasut untuk melakukan kesalahan.

Bercakap kepada Vice World News, Khan berkata video itu adalah satu kesilapan dan dia “tidak pernah berniat buruk atau cuba mendorong orang untuk membunuh diri.”

Setelah video itu mendapat reaksi negatif, dan setelah saudara-mara Khan percaya dia telah meninggal dunia, dia memutuskan untuk memadamnya.

Orang salah faham dan menyangka saya mendorong orang untuk membunuh diri jika cintanya ditolak seorang gadis,” katanya kepada Vice News.

Influencer terkenal India ditahan rakam video bunuh diri palsu


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


 

Restoran cuba kelirukan pelanggan Islam disiasat

Leave a Reply