‘Tolong henti hakimi saya’ – Syura

Hebahkan !!!

 'Tolong henti hakimi saya' - Syura

‘Tolong henti hakimi saya’ – Syura

Kuala Lumpur : “Anda tahu nama saya, tapi bukan kisah saya.”

Itu yang ditulis penyanyi, Syura Badron di Instagram Story yang meminta pengikutnya di platform media sosial itu dan orang luar tidak menghakimi dirinya.

“Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya pernah buat, tapi tak tahu apa yang saya lalui. Kalau anda berada di tempat saya, anda awal-awal lagi akan kecundang. Jadi, tolong berhenti menghakimi saya,” tulisnya.

Nama Syura baru-baru ini terpalit dengan kontroversi apabila dia bersama empat individu lain iaitu penyanyi, Lan Solo, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin dikatakan menyebut nama penyanyi, Siti Nordiana ketika perbualan secara langsung di Instagram.

Dalam perbualan itu, Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.

Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.

Jumaat lalu, Siti Nordiana membuat laporan polis bersama peguam, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras terhadap lima individu terbabit yang didakwa memfitnahnya menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

Semalam, Siti Nordiana akan meneruskan saman terhadap mereka selepas tidak sebarang permohonan maaf daripada mereka petang semalam.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada Syura tidak berjaya

‘Tolong henti hakimi saya’ – Syura


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


BILA SYURA ‘SEKOLAHKAN’ ORANG BUSUK HATI: “CUBA UBAH MINDSET & BERSIHKAN HATI”

 

 

Leave a Reply