Pecah pintu hotel cekup pelacur warga asing

Hebahkan !!!

Pecah pintu hotel cekup pelacur warga asing

Pecah pintu hotel cekup pelacur warga asing

IPOH: Kegiatan sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini, terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri (JIM) Perak menerusi Op Patuh, semalam.

Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, serbuan dilaksanakan berdasarkan atas maklumat orang ramai dan risikan yang dibuat selepas lokasi itu disyaki mempunyai unsur aktiviti pelacuran.

“Setibanya pegawai operasi ke lokasi didapati pintu bilik di hotel berkenaan dikunci dan pegawai operasi terpaksa bertindak memecahkan beberapa pintu bilik hotel kerana terdapat wanita warga asing itu yang tidak memberi kerjasama.

“Seramai enam wanita iaitu dua masing-masing warga Laos dan Thailand, seorang warga China serta Vietnam berusia di antara 25 tahun hingga 31 tahun ditahan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai ‘bapa ayam’ turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hapdzan berkata, selain itu anggotanya turut ditemukan di setiap bilik hotel ialah kondom yang dipercayai digunakan semasa melakukan aktiviti pelacuran.

“Difahamkan, bayaran yang dikenakan terhadap pelanggan untuk perkhidmatan seks adalah di antara RM250 hingga RM300 untuk 45 minit,” katanya.

Beliau berkata, serbuan menerusi Op Patuh membabitkan 23 pegawai penguat kuasa di 12 lokasi membabitkan premis kediaman, sebuah hotel dan kedai runcit serta pemeriksaan di jalan raya di Ipoh bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 2 pagi keesokan harinya.

“Seramai 65 orang diperiksa terdiri daripada pelbagai warga negara dan daripada jumlah berkenaan seramai 16 orang berusia 25 hingga 40 tahun ditahan.

“Mereka yang ditahan membabitkan empat lelaki dan satu wanita warga Indonesia, dua lelaki warga Bangladesh, dua wanita warga Thailand, empat wanita warga Vietnam, dua wanita warga Laos dan satu wanita warga China. Turut ditahan ialah satu lelaki tempatan,” katanya.

Beliau juga berkata, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu tinggal lebih masa, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah serta Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen1959/63 iaitu melindungi warga asing tanpa permit yang sah.

“Kita akan sentiasa meningkatkan pemantauan dan operasi secara berterusan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Justeru, orang ramai diminta menyalurkan maklumat dan melaporkan aduan agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut saluran yang betul,” katanya.

Pecah pintu hotel cekup pelacur warga asing


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


 

NORA ARIFFIN : DAPAT CINCIN SEMPENA BIRTHDAY

Leave a Reply