NORA ARIFFIN : DAPAT CINCIN SEMPENA BIRTHDAY

Hebahkan !!!

NORA ARIFFIN : DAPAT CINCIN SEMPENA BIRTHDAY

NORA ARIFFIN : DAPAT CINCIN SEMPENA BIRTHDAY

Pada Isnin lalu, penyanyi Nora Ariffin telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-48. Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Dato’ Wan Ariffin telah memuat naik beberapa foto dan video dia menerima kejutan hari lahir dan hadiah barangan kemas di laman Instagram miliknya.

Namun perkongsian foto memperlihatkan hadiah berupa barangan kemas antaranya cincin telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya. Hanya meletakkan kapsyen bersyukur atas hadiah yang diberikan, rata-rata netizen mengucapkan tahniah selain bertanyakan tarikh hari pernikahan penyanyi itu.

Enggan berselindung, penyanyi lagu ‘Naluri’ ini memberitahu hadiah itu merupakan pemberian daripada seorang sahabat yang tidak didedahkan identitinya.

“Alhamdulillah… itu hadiah (cincin) daripada seorang sahabat. Hamba Allah,” jawab Nora kepada media secara ringkas menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, Nora pernah menafikan khabar angin dia berkahwin dengan ahli politik namun mengakui dirinya sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Naluri’ ini memberitahu sambutan hari lahirnya pada tahun ini meriah dengan kejutan daripada keluarga dan peminat biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam tempoh PKP, saya dan anak-anak memang strict untuk tidak keluar rumah kecuali bila perlu sahaja. Sebenarnya tak nak sambut apa-apa pun. Tapi anak-anak saya buatkan juga kejutan… mereka buat kek sendiri di rumah. Raikan secara bersederhana saja bersama anak-anak, menantu dan cucu.

NORA ARIFFIN : DAPAT CINCIN SEMPENA BIRTHDAY

“Anak-anak ada beri kad dan coretan kata-kata semangat untuk saya. Itu yang sangat bermakna buat saya. Yang istimewa tahun ini, kelab peminat buat sambutan hari lahir saya secara maya.

“Peminat dari seluruh negeri menerusi Googlemeet. Best sangat. Lebih kejutan, tahun ini banyak terima hadiah yang dihantar di rumah daripada kawan dari Dubai, Indonesia dan Singapura,” ujarnya.

Untuk makluman, Nora berkahwin dengan pemuzik Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

NORA ARIFFIN : DAPAT CINCIN SEMPENA BIRTHDAY


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


GELARAN DATUK – SUAMI NORA DANISH AKUI PERNAH TOLAK, RASA TAK LAYAK

Leave a Reply