IPPO HAFIZ MAHU PERGI DALAM BERIMAN – BERSYUKUR DIBERI HIDAYAH

Hebahkan !!!

IPPO HAFIZ MAHU PERGI DALAM BERIMAN - BERSYUKUR DIBERI HIDAYAH

IPPO HAFIZ MAHU PERGI DALAM BERIMAN – BERSYUKUR DIBERI HIDAYAH

Penyanyi Ippo Hafiz meluahkan rasa syukur apabila dirinya mendapat petunjuk dan hidayah untuk mendekati ajaran Islam sejak awal tahun lalu. Ippo yang kini tampil dengan imej berbeza di media sosial turut berharap dirinya terus istiqamah dan diberi petunjuk yang lebih baik.

“Selama ini saya mengaku diri seorang pendosa kerana banyak lebihkan urusan dunia berbanding menjaga hubungan dengan Allah. Dulu saya sedar tak ikut perintah Allah sebab selalu tunggu hidayah daripada-Nya, tapi sebenarnya kita yang perlu minta daripada Allah.

“Kalau ikutkan sehari Allah hanya minta kita luangkan waktu sekejap saja untuk bersamanya dalam solat. Lama-kelamaan saya jadi malu dengan diri sendiri.

“Jadi, setiap kali tidur saya selalu berdoa agar pergi dalam iman. Saya juga selalu minta ibu bapa serta orang yang tidak dikenali beri hadiah untuk doakan saya,” katanya.

Ippo berkata, mungkin doa mereka membuka pintu hatinya untuk mendekatkan diri dengan Allah. Melihat kematian demi kematian yang berlaku dalam kalangan saudara-maranya juga membuatkan Ippo takut dan hilang kata-kata.

“Saya anggap hidayah yang Allah berikan ini adalah peluang terakhir kerana saya kena bersedia untuk menghadapi kematian pada bila-bila masa,” ujarnya.

IPPO HAFIZ MAHU PERGI DALAM BERIMAN - BERSYUKUR DIBERI HIDAYAH

Menurut Ippo, dia juga selalu mendapat mimpi buruk seperti berhadapan dengan bencana besar membuatkan dia berasa takut dan mahu dirinya berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya selalu dapat mimpi berlaku tsunami dan gempa bumi. Memanglah orang cakap Malaysia ini bertuah sebab tiada bencana yang dahsyat, tapi kita kena faham yang Allah akan hadirkan musibah tanpa kita sedar dan ia kekal menjadi rahsia Allah.

“Kalau kita lihat wabak Covid-19 ini juga satu musibah yang Allah beri untuk melihat sejauh mana keyakinan hamba terhadap kekuasaan-Nya atau membiarkan dunia mengawal kita.

“Saya tak malu untuk katakan yang dulu saya sering rasa diri berkuasa dan bangga dengan nikmat yang saya dapat, tapi sebenarnya saya lupa yang Allah melihat segala perbuatan kita.

“Jadi apabila saya tahu saya rasa malu dengan diri sendiri dan kini saya cuba berubah menjadi hamba yang lebih baik dan sentiasa mendekat dirinya dengan-Nya,” jelasnya.

IPPO HAFIZ MAHU PERGI DALAM BERIMAN – BERSYUKUR DIBERI HIDAYAH


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


 

HIDAYAH: “AKU AKAN TERUS DUKUNG NAMAMU HINGGA KE SYURGA… MENJADI BIDADARIMU”

Leave a Reply