ERRA FAZIRA: PANDEMIK INI UJIAN BESAR PADA SEMUA

Hebahkan !!!

ERRA FAZIRA: PANDEMIK INI UJIAN BESAR PADA SEMUA

ERRA FAZIRA: PANDEMIK INI UJIAN BESAR PADA SEMUA, SIKAP MANUSIA TERSERLAH

“Ketika pandemik ini anak seni antara yang terjejas sama dan semestinya saya terkesan sama. Saya percaya ramai orang juga. Besar periuknya, besarlah keraknya. Macam saya pun, ada lebih sikit, lebihlah pula tanggungan. Alhamdulillah, ada juga simpanan. Tapi kalau asyik korek akhirnya akan habis. Apatah lagi kalau yang tidak ada dan cukup-cukup saja. Itu lagi kasihan.

“Sebenarnya kita kena kasihan pada semua orang. Saya melihat pandemik ini ujian besar pada semua. Sikap sebenar manusia terserlah. Sama ada jenis menuding jari, jenis bersyukur, jenis belajar. Kita tidak menjangka ini akan berlaku. Selama ini tak menyimpan dan berhati-hati dengan duit. Tidak menjangka akan terdesak,” kata pelakon dan penyanyi Erra Fazira.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, mengakui turut terkesan dari segi pendapatan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara. Primadona itu turut berkata, apa yang berlaku ketika ini adalah ujian besar buat semua kerana tidak ada siapa pernah menjangka ia berlaku.

Menurut Erra, apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran juga pada semua. Malah, Erra berasakan anak seni tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada kerjaya itu semata-mata.

“Ini semua menjadi pengajaran pada saya melihat keadaan ekonomi yang tak boleh ramal selepas ini. Saya pun memberi satu azam pada diri, tak boleh jika tidak ada simpanan dan Saya menjadi takut.

“Saya bukanlah tidak ada simpanan, tapi terkesanlah juga. Apatah lagi yang tidak ada. Betullah, kebanyakan artis pun tak boleh nak bergantung hidup pada kerjaya seni semata-mata. Harus ada pendapatan lain juga,” ujarnya lagi.

ERRA FAZIRA: PANDEMIK INI UJIAN BESAR PADA SEMUA, SIKAP MANUSIA TERSERLAH


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


ALEESYA SANGAT HAPPY DAPAT ADIK – ERRA FAZIRA

Leave a Reply