SITI SARAH RISAU KELUARGA & KANDUNGAN BILA PEMBANTU RUMAH POSITIF COVID-19

Hebahkan !!!

 

/root/Downloads/SITI SARAH RISAU KELUARGA & KANDUNGAN BILA PEMBANTU RUMAH POSITIF COVID-19.png

SITI SARAH RISAU KELUARGA & KANDUNGAN BILA PEMBANTU RUMAH POSITIF COVID-19

“Jantung ni macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah sebab yang saya risau anak-anak dan bayi dalam perut. Anak-anak saya sekarang demam. Ya Allah berderau darah ini dan macam-macam perkara saya fikir kalaulah saya dan Shuib didapati positif. Bagaimana dengan anak-anak kami.

Kalau anak pula positif siapa nak jaga mereka di pusat kuarantin. Minta jauh Ya Allah,” itulah kata penyanyi Siti Sarah yang kini sarat hamil tujuh bulan, meluahkan rasa risau dengan keadaan anak-anaknya yang masih kecil apatah lagi sedang mengalami demam.

Sarah dan suami yang juga pelawak Shuib serta tiga anak mereka telah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif wabak itu, semalam. Menurut Sarah, ketika ini dia perlu kuat kerana sedang hamil sekali gus memohon doa daripada orang ramai.

“Kami satu keluarga baru saja buat ujian saringan. Harap-harap kami semua tiada apa-apa. Saya kena kuat, bayi dalam perut dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan saya dan keluarga,” katanya.

Untuk makluman, Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.

SITI SARAH RISAU KELUARGA & KANDUNGAN BILA PEMBANTU RUMAH POSITIF COVID-19

 

Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


 

ATU ZERO TAK KECIL HATI BILA DIKRITIK SERING BUAT LAWAK BODOH

Leave a Reply