PU ABU KONGSI PENGALAMAN POSITIF COVID-19

Hebahkan !!!

PU ABU KONGSI PENGALAMAN POSITIF COVID-19

PU ABU KONGSI PENGALAMAN POSITIF COVID-19: “SANGAT MENYEKSAKAN… TAK BOLEH NAK JALAN”

“Maka bermulalah perjalanan saya sebagai covid fighter secara rasminya setelah memakai gelang ping sehingga 26/7/2021. Sangat menyeksakan, tidur tak tak lena, makan tak lalu, tak boleh nak jalan sebab dia tangkap sendi, deria bau dan rasa totally hilang.

“Maaflah kalau diri nampak tak terurus sebab tak mampu nak urus diri sendiri dah. Pihak KKM offer untuk ke hospital tapi saya kata saya akan cuba untuk lawan selagi mampu.

“Mohon doa sahabat2 agar saya mampu melawan wabak Covid ni, moga saya dapat hidup seperti sedia kala, sihat walafiat. Terima kasih kepada mereka yang tak putus DM saya.

“Moga Allah hindarkan kalian dan keluarga kalian dari penyakit covid 19 ni,” itulah kata Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang berkongsi pengalamannya sebagai pesakit yang melawan virus Covid-19 selepas disahkan positif sebelum ini.

Dalam entri tersebut yang dimuat naik di laman Instagram, PU Abu yang menjalani kuarantin sehingga 26 Julai depan itu turut memberitahu dia mengalami pelbagai simptom termasuk sukar untuk berjalan.

Menerusi video berkenaan, PU Abu dilihat memakai gelang pink. Tambah PU Abu lagi, dia telah ditawarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital namun menolaknya.

PU ABU KONGSI PENGALAMAN POSITIF COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


NAZRIEF NAZRI TIMANG BABY BOY

Leave a Reply