Resepi Soto Ayam Sedap

Hebahkan !!!

Resepi Soto Ayam Sedap

Resepi Soto Ayam Sedap

Saya telah menggunakan resipi ini lebih 30 tahun. Resipi yang saya pelajari dari rakan sekerja yang berasal dari Johor. Sejak dulu, inilah resipi yang saya guna untuk memasak soto di majlis rumah terbuka kami.

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • Dan 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
  • 1 cawan santan pekat – 1 kotak santan 200 ml
  • 3 batang serai – ketuk
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 1 kiub ayam – opsyenal
  • 3 liter air
  • 1 cawan minyak masak

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Cara cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Dan masukkan serai dan lada putih.
  3. Masukkan ayam dan bila ayam masak, keluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng seketika sahaja. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  4. Setelah mendidih, masukkan santan, serbuk perasa dan garam.

Sambal Kicap :

Bahan bahan:

  • 12 biji cili padi – ikut suka nak pedas banyak mana
  • 4 ulas bawang putih
  • ¼ cawan + 2 sudu besar kicap lemak manis – 100 ml
  • 1 sudu kecil bawang goreng
  • 1 sudu kecil gula

Goreng cili api dan bawang putih (tak perlu hiris) dengan 1-2 sudu besar minyak. Angkat cili dulu dan terus goreng bawang putih sehingga keperangan.

Masukkan bahan digoreng termasuk minyak sekali dalam blender, masukkan kicap dan gula. Kisar halus.

Begedil :

  • 4-5 biji ubi kentang – hiris nipis
  • 6 sudu besar daging kisar – masak dengan 1 sudu besar minyak dan 1 sudu kecil bawang putih cincang
  • 4 sudu besar bawang goreng
  • 1 sudu besar lada sulah – tumbuk
  • Dan 1 sudu kecil garam
  • 1 kiub daging – opsyenal
  • Daun bawang dan daun sup

Cara cara:

  • Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga keperangan. Angkat dan terus tumbuk ketika masih panas.
  • Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul rata. Bulat bulatkan mengikut saiz yang disukai.
  • Sebelum menggoreng, leperkan dan celup ke dalam telur 2 biji yang telah dipukul dengan garfu.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan tos.

Resepi Soto Ayam Sedap


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


Nasi Ayam Hainan Yang Harus Dicuba

Leave a Reply