Nasi Ayam Hainan Yang Harus Dicuba

Hebahkan !!!

Nasi Ayam Hainan Yang Harus Dicuba

Nasi Ayam Hainan Yang Harus Dicuba

Nasi Ayam Hainan biasanya berwarna putih kerana ianya hanya direbus tapi nasi ayam Hainan saya hari ini lain sikit. Ianya saya pelajari dengan Shahrul Chef di tempat saya bekerja. Saya diberitahu yang ianya adalah Nasi Ayam Hainan, maka pada saya ianya adalah Nasi Ayam Hainan. Tak perlu nak soal banyak, yang penting sedap.

 Nasi Ayam Hainan
Oleh: Azie Kitchen

Ayam Madu :

  • 1 ekor ayam – jangan dipotong
  • ¼ cawan maltos
  • ½ cawan cuka biasa
  • ½ sudu kecil pewarna merah
  • ¼ cawan air

Cara cara: :

  1. Rebus air sehingga mendidih dan rendam ayam lebih kurang 1 minit sehingga kulit luar ayam masak dan hilang hanyir.
  2. Pastikan seluruh badan ayam terendam. Nota: boleh masukkan lemon dalam air rebusan, jika suka.
  3. Angkat dan gantung selama 5 minit. Saya rendam selama 8-10 minit untuk pastikan ayam cukup masak selepas dibakar.
  4. Panaskan campuran maltos sehingga mendidih. Lepas tu siramkan ayam dengan campuran maltos. Kemudian gantung sehingga kering.
  5. Bila dah kering, ulang siram kali kedua. Boleh ulang 3-4 kali supaya nampak cantik.
  6. Selepas itu, gantung selama 2-3 jam. Masa ini, kulit ayam akan menegang.
  7. Selepas dah kering, baru masuk campuran 5 spices yang dicampur dengan sedikit garam dan serbuk pati ayam ke dalam perut ayam.
  8. Panaskan oven pada suhu 180C, baru masukkan ayam. Letak ayam atas jaring. Tak perlu balut supaya garing dan air jatuh di bawah.
  9. Bakar selama 30-60 minit. Nota: ayam boleh juga digoreng.
  10. Selepas keluar dari oven, siram dengan minyak panas untuk kulit ayam lebih cantik.
  11. Setelah sejuk, baru dipotong supaya isi ayam tidak hancur.
  12. Susun di dalam pinggan hidangan dan tabur dengan daun ketumbar, daun bawang dan karot yang dihiris halus memanjang.

Nota:
Kalau mahu dimasak pagi, bolehlah ayam diperap sebelah petang. Lagi lama diperap, lagi sedap.

Lebihan campuran maltose boleh simpan, bekukan dan guna banyak kali. Resepi asal, 1 bahagian campuran maltose adalah cuka merah tapi sebab tiada cuka merah, saya guna 2 bahagian cuka biasa dan dimasukkan pewarna merah.

Nasi Ayam :

  • Bahan bahan:
  • 5 cawan beras = 6 ½ cawan air – rendam seketika
  • 4 ulas bawang putih – ketuk
  • 5 biji bawang merah – hiris
  • 2-3 inci halia – ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 2-3 sudu besar mentega
  • 4-5 sudu besar minyak ayam
  • 1 sudu besar garam

Cara cara:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang bawang dan halia sehingga bawang keperangan.
  2. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Masak sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan beras. Nota: saya guna air biasa kerana saya menggunakan minyak ayam.
  4. Tuang minyak ayam dan kacau rata. Masak dalam periuk elektrik seperti biasa.
  5. Kuah Sup
  6. Tulang dan kepak ayam – potong kecil
  7. Daun bawang
  8. Sup bunjut – atau bunga lawang dan bunga cengkih
  9. Garam
  10. Gula
  11. Rebus tulang ayam sekejap sahaja. Tapis tulang dan masukkan semula ke dalam periuk.
  12. Buang air rebusan untuk elakkan sup hanyir.
  13. Masukkan air baru dan rebus sehingga ayam masak untuk dijadikan air rebusan untuk nasi ayam dan kuah sup.
  14. Masukkan sup bunjut atau bunga lawang serta bunga cengkih. Akhir sekali, masukkan garam dan gula.
  15. Masa dihidang, taburkan daun bawang.

Kicap :

  • 1 cawan kicap cair
  • ½ cawan air
  • 3 ulas bawang putih – ketuk
  • 2 inci halia – diketuk

Rebus kicap dengan semua bahan di atas sehingga mendidih. Jika terlebih masin, tambahkan air sedikit demi sedikit.

Sos Cili :

  • 3-4 biji cili merah – 45 gram
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ½ sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil garam

Kisar semua bahan di atas dan sesuaikan rasa.

  • Sambal Halia
  • Halia muda
  • Minyak panas
  • Garam

Kisar halia sehingga hancur dan tapis airnya. Tuang minyak panas ke dalam halia yang dikisar. Masukkan garam secukup rasa.

Nasi Ayam Hainan Yang Harus Dicuba


Baca Artikel Menarik :

Lawati Eacebook kami


Pemeriksaan rumah ke rumah, tunggu polis umum

 

Leave a Reply