Status Awal dan Janna, nantikan sidang media khas Melodi

Hebahkan !!!

'Status Awal dan Janna, nantikan sidang media khas Melodi'

Status Awal dan Janna, nantikan sidang media khas Melodi’

Kuala Lumpur: Penerbit program Melodi, Noradillah Abdullah memaklumkan satu sidang media khas bakal diadakan minggu depan bagi menjawab persoalan mengenai status pengacara program itu, Awal Ashaari dan Janna Nick.

Noradillah atau dikenali sebagai Adeed, berkata tiada kenyataan daripada pihaknya buat masa ini.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan.

“Apa yang boleh saya katakan, nantikan satu sidang media khas yang bakal diadakan minggu depan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Harian Metro melaporkan pertanyaan Janna dan jawapan yang diberikan Awal pada penghujung program Melodi seakan-akan kedengaran pelik dan menjadi tanda tanya adakah minggu hadapan bakal menyaksikan episod terakhir mereka sebagai pengacara.

Sementara itu, Janna Nick pula berkata dia enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan dia dan rakan pengacara Awal bakal mengacarakan program hiburan itu hingga minggu hadapan.

“Saya tak nak komen apa-apa dulu. Saya serahkan perkara ini kepada pihak produksi untuk mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Status Awal dan Janna, nantikan sidang media khas Melodi

Artikel menarik :

Lawati laman Facebook kami

ACHEY JATUH MOTOR PATAH TANGAN

Leave a Reply