Rendang Daging Sedap Giler

Hebahkan !!!

Rendang Daging Sedap Giler

Oleh: Azie Kitchen

Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba.  Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan.

Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap.

Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah.

Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air.

Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini…

Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama.

Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba….

Bahan bahan:

  • 1 kg daging
  • 3 cawan cili kisar – guna 6 sudu besar
  • 1 kg santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik – guna 1 1/2 pek
  • 2-4 helai daun kunyit-carik
  • Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A :

  • 8 ulas bawang merah – saya tambah 1 biji bawang besar sedang
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan B :

  • 2 inci lengkuas muda
  • 7 batang serai – hiris
  • 2 sudu besar ketumbar (rata) – sangai wangi
  • 1 sudu besar jintan manis – sangai
  • 1 sudu besar jintan putih – sangai

Cara cara:

  1. Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.
  2. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.
  4. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam.
  5. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
  6. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:

  1. Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry.
  3. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit.
  4. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata.
  5. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit.
  6. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk.
  7. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang.
  8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera.
  9. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering.
  10. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar.
  11. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.

***Tips.

  1. Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
  2. Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
  3. Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
  4. Untuk membuang minyak yang berlebihan – kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali.
  5. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
  6. Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
  7. Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
  8. Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi.
  9. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap.

Percayalah…jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.

Artikel menarik :

Lawati laman Facebook kami

Status Awal dan Janna, nantikan sidang media khas Melodi

Leave a Reply