NIA & SUAMI DI PUSAT PEMULIHAN

Hebahkan !!!

NIA & SUAMI HAMPIR SEMINGGU DI PUSAT PEMULIHAN

NIA & SUAMI DI PUSAT PEMULIHAN

“Alhamdulillah keadaan mereka berdua baik,” demikian ujar pihak peguam pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie iaitu Waode Nur Zaina yang memberi khabar mengenai mereka.

Nia dan suaminya yang ditangkap atas kesalahan dadah jenis syabu baru-baru ini sudah mula menjalani kegiatan mereka di pusat pemulihan di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Pasangan ini sudah hampir seminggu dimasukkan ke pusat pemulihan.

Menurut Waode, pasangan suami isteri yang mengambil syabu sejak lima bulan lalu tersebut berada dalam keadaan sihat. Dalam masa sama, Waode juga turut mendedahkan pasangan itu sudah dikunjungi keluarga. Malah keluarga ini sangat mendukung Nia dan Ardi.

“Alhamdulillah semua support Bu Nia dan Pak Ardi agar segera pulih, boleh kembali ke kehidupan normal, dan tidak menggunakan dadah lagi,” jelas Waode lagi

NIA & SUAMI DI PUSAT PEMULIHAN

Artikel menarik :

Lawati laman Facebook kami

Isu Ebit Lew: ‘Jangan ‘seronok’ pegang popcorn’

Leave a Reply