Kari Daging Tetel Yang Sangat Sedap

Hebahkan !!!
 Kari Daging Tetel Yang Sangat Sedap
Memang sedap sangat kari daging tetel ni apalagi dagingnya sangat segar. Saya hanya makan 3 ketul sahaja kerana terpaksa mengawal pemakanan berlemak. Jom layan resepi yang telah saya sediakan hari ini. Kalau dah cuba, bolehlah bagi maklumbalas atau apa apa penambahbaikan untuk kita sama sama belajar menyediakan kari dengan lebih baik lagi. Jom layaaann….

Bahan bahan:

  • 13 kg daging – 1 kg daging tetel
  • 8 kg santan – 1 kg santan pekat
  • 1 kg rempah kari Babas – 75 gram rempah Kari Babas
  • 12 biji bawang besar – 1 biji bawang besar – hiris
  • Segenggam bawang putih – 3 ulas bawang putih
  • Halia – 2 inci halia
  • Kayu manis
  • 1 asam keping
  • Garam
  • Gula
  • 1 pelepah daun kari
  • Ubi kentang – potong 4

Cara cara:

  1. Tuang minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah rempah yang digunakan.
  2. Tumis rempah penumis dan bawang bawang serta halia yang dihiris sehingga naik bau.
  3. Tuangkan serbuk kari kering dan dikacau dengan pantas dalam beberapa minit sebelum dituangkan sedikit air.
  4. Terus ditumis rempah dengan lama supaya rempah betul betul masak dan terbit minyak.
  5. Masukkan daging dan digaul sebati dengan rempah tadi.
  6. Saya rebus daging dengan pressure cooker dalam 9 minit dan masukkan air rebusan.
  7. Masukkan ubi kentang dan daun kari dan terus masak sehingga daging agak empuk dan rempah terbit minyak lagi.
  8. Masukkan santan dan terus masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan mereneh dan terbit minyak.
  9. Bila kentang empuk, masukkan asam keping, garam dan gula. Sesuaikan kepekatan dan bolehlah ditutup api.

Nota:

Pesan kakak tu ialah, tumis dengan minyak yang banyak sesuai dengan rempah yang digunakan. Tumis rempah lama lama.

Artikel menarik :

Lawati laman Facebook kami

 

Rendang Daging Sedap Giler

One thought on “Kari Daging Tetel Yang Sangat Sedap

Leave a Reply