Isu Ebit Lew: ‘Jangan ‘seronok’ pegang popcorn’

Hebahkan !!!

 Isu Ebit Lew: 'Jangan 'seronok' pegang popcorn'

Isu Ebit Lew: ‘Jangan ‘seronok’ pegang popcorn’

Kuala Lumpur: Personaliti TV, Farra Adeeba berkongsi penjelasan mengenai isu Ustaz Ebit Lew (UEL) yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Dalam hantarannya di Instagram, Farra juga berkongsi surat rasmi ucapan takziah daripada Kementerian Luar Gaza kepada Ebit.

“Ini dia penjelasan dari sumber rasmi Gaza Palestin berkenaan isu Ustaz Ebit Lew. Harap terlerai segala kerisauan.

“Saya percaya kita semua hanya nak lihat Palestin bebas dari penjajahan. Kita buat kerja sama-sama. Kita berdoa, jangan sebab isu kecil, kerja besar kita terjejas,” tulisnya.

Farra juga mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya, dikenali sebagai Dr Wesam yang menetap di Gaza atas perkongsian dan penjelasan itu.

“Terima kasih Dr Wesam, sahabat saya, pensyarah di Universiti of Gaza, di atas maklumat dan penjelasan.

“Saya kongsikan di sini surat rasmi dari Kementerian Luar Gaza yang diberikan kepada Ustaz Ebit Lew.

Menutup hantarannya, Farra juga mengajak pengikutnya di platform media sosial itu supaya mencari jalan perdamaian sekiranya berlaku perselisihan faham.

“Tenang sikit hati ini bila dapat maklumat rasmi. Dan kalau ada perselisihan, kita damaikan.

“Jangan kita tambah api, atau ‘seronok’ pegang popcorn tengok saudara kita berbalah macam menonton filem. Ia sangat menjengkelkan,” tulisnya.

Turut dikongsikan Farra adalah tangkap layar mesej yang dihantar sahabatnya mengenai sambutan baik rakyat Palestin di atas kehadiran Ebit dan pasukannya.

“Saya baca tadi mengenai isu Ustaz Ebit Lew yang sedang hangat di Malaysia. Di Gaza, tak ada apa-apa cerita orang marah atau apa.

“Rakyat Palestin berterima kasih dan hargai semua orang yang bersoladariti dengan orang Palestin. Terima kasih Ustaz Ebit Lew, terima kasih Malaysia.

“Semoga semua rakyat Malaysia selamat, semoga Allah pelihara rakyat Malaysia dari wabak Covid-19,” tulisnya dalam tangkap layar mesej itu.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Caprice bagaimanapun menunggu tarikh 21 Julai ini untuk membuat penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Isu Ebit Lew: ‘Jangan ‘seronok’ pegang popcorn’

Artikel menarik :

Lawati laman Facebook kami

Kari Daging Tetel Yang Sangat Sedap

Leave a Reply