ACHEY JATUH MOTOR PATAH TANGAN

Hebahkan !!!

ACHEY JATUH MOTOR PATAH TANGAN

ACHEY JATUH MOTOR PATAH TANGAN

Niat mahu mencari buah durian di dusun bertukar tragedi apabila terjatuh daripada motosikalnya pada Ahad. Itulah yang terjadi kepada pelawak Achey atau nama sebenarya Mohd Nasir Hamzah apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami patah tangan kiri.

“Sebenarnya saya pergi ambil durian pagi tadi dan entah macam mana terjatuh motor dari tebing dan saya tahan pakai tangan. Masa nak bangun tu rasa tangan kiri sakit. Saya tengok keadaan tangan dah bengkok, eh… saya syak patah ni. Doktor kata tangan saya akan kena operation. Tengoklah macam mana sebab sekarang kena puasa dan masukkan ubat” jelasnya.

Penyanyi lagu ‘Sakit’ ini berharap keadaan kesihatannya akan kembali pulih secepat mungkin. Sementara itu, bercerita lanjut tentang perkara itu, Achey berkata, niatnya ke dusun untuk mencari durian bagi tujuan berniaga pada minggu hadapan. Bagaimanapun, ahli kumpulan Bochey ini memberitahu, kerja itu akan diambil alih oleh rakan kongsinya.

“Niat nak tengok durian sebab minggu depan nak berniaga dekat belah-belah Segamat. Keadaan dah jadi macam ni jadi member akan ambil alih teruskan kerja-kerja ni,” ujarnya.

ACHEY JATUH MOTOR PATAH TANGAN

Artikel menarik :

Lawati laman Facebook kami

USTAZ EBIT LEW SUSAH NAK BENCI ORANG

Leave a Reply