Yana buat laporan polis, SKMM ke atas ‘streamer’

Hebahkan !!!

Yana buat laporan polis, SKMM ke atas 'streamer'

Yana buat laporan polis, SKMM ke atas ‘streamer’

KUALA LUMPUR: Pelakon Yana Samsudin membuat laporan polis terhadap ‘streamer’ atau penstrim permainan video atas talian yang didakwa biadap dan melakukan gangguan seksual secara lisan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Yana yang aktif dalam permainan video atas talian atau e-sport sejak 2019 mendakwa menerima aduan pemain lain berhubung tindakan ‘streamer’ terbabit serta menonton rakaman video insiden berkenaan, baru-baru ini.

Rabu lalu, pelakon filem Adnan Sempit itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor disusuli aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) secara online, Khamis lalu, selepas diberitahu agensi berkenaan bertanggungjawab menyiasat kes seumpama itu.

Yana berkata, tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa bukanlah untuk meraih perhatian, sebaliknya, mahu memberi pengajaran kepada ‘streamer’ terbabit selain tidak mahu orang lain terpalit dengan perbuatan tidak bermoral itu.

“Sebagai orang awam, saya ambil tindakan (membuat laporan polis dan SKMM) kerana menganggap perbuatan ‘streamer’ terbabit melampau.

“Dia bukan sahaja menggunakan perkataan lucah, malah, kasar dan biadap,” dakwanya kepada BH Online.

Yana berharap SKMM mengambil tindakan tegas terhadap ‘streamer’ terbabit kerana perbuatan itu boleh memberi kesan negatif terhadap psikologi dan melanggar Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

“Selepas membuat laporan polis, saya terima banyak maklumat daripada pemain lain yang mengenali kanak-kanak perempuan terbabit.

“Pemain lain dakwa kanak-kanak itu kerap diganggu. Saya juga dapat maklumat ada kanak-kanak perempuan lain yang menjadi mangsa hingga trauma dan menjual akaun mereka,” katanya yang mendakwa ‘streamer’ terbabit memiliki 20,000 pengikut.

Yana yang menjadikan e-sport sebagai sumber pendapatan berkata, ramai ibu bapa memiliki anak yang aktif dalam permainan video atas talian mengucapkan terima kasih kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa atas perbuatan ‘streamer’ terbabit.

“Saya berharap SKMM ambil tindakan terhadap pelaku ini. Perbuatannya boleh merosakkan imej pemain lain.

“Kami mahu membina persekitaran sihat dalam kalangan pemain yang hanya mahu berseronok,” katanya yang menasihatkan ibu bapa perlu memantau aktiviti anak yang menggemari permainan video atas talian atau e-sport.

Yana buat laporan polis, SKMM ke atas ‘streamer’

Artikel Berkaitan :

Lawati Facebook kami

Tak mahu beri muka

One thought on “Yana buat laporan polis, SKMM ke atas ‘streamer’

Leave a Reply