Tiga lokaliti di Bagan Serai kena PKPD

Hebahkan !!!

Tiga lokaliti di Bagan Serai kena PKPD

Tiga lokaliti di Bagan Serai kena PKPD

BAGAN SERAI: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Bagan Serai, bermula hari ini.

Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri, berkata tiga lokaliti terbabit adalah Apartment Tropikana Bukit Merah, Kampung Binjai dan Kampung Tersusun Pondok Tanjung.

Beliau berkata, tindakan itu susulan wujud dua kluster baru iaitu Kluster Ladang Solar di Alor Pongsu dan Kluster Kebun Sayur di Pondok Tanjung.

“Di Apartment Tropikana ini, seramai 175 penduduk dikuarantin selepas beberapa pekerja ladang solar membabitkan warga asing dikesan positif Covid-19 dan menjangkiti penduduk.

“Di Kampung Binjai dan Kampung Tersusun Pondok Tanjung pula, seramai 280 penduduk dikuarantin susulan seorang penduduk yang berkerja di kebun sayur di sini, disahkan positif Covid-19 dan turut menjangkiti penduduk,” katanya.

Beliau ditemui di Apartment Tropikana Bukit Merah selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Razman Zakaria.

Dalam kunjungan itu, Razman menyampaikan bantuan makanan asas dan barangan dapur kepada penduduk yang dikuarantin.

Sementara itu Razman berkata, pihaknya akan membantu menyediakan barangan keperluan asas dan mengagihkan daging korban kepada penduduk yang dikuarantin.

Tiga lokaliti di Bagan Serai kena PKPD

Artikel menarik :

 

Banjir di Perak tambah baik, lebih 500 penduduk dibenar pulang

 

Leave a Reply