Tak mahu beri muka

Hebahkan !!!

Tak mahu 'beri muka'

Tak mahu beri muka

ANNYEONGHASEYO! Isu mengenai penyebaran fitnah terhadap artis di internet semakin menjadi-jadi di Korea Selatan. Bahkan, golongan sebegitu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Terbaharu, penyanyi Kang Hye Won pula menjadi mangsa keadaan apabila pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya. Bukan setakat itu, dia turut menerima komen berbaur gangguan seksual.

Semestinya, ia memberi kesan besar terhadap banyak aspek membabitkan penyanyi itu. Ia termasuk dari segi kekuatan mental apatah lagi terpaksa membaca komen yang tidak benar mengenai dirinya.

Justeru, sebagai agensi yang tegas, 8D Entertainment tidak mahu duduk diam dan bakal membela nasib Hye Won sebaiknya. Menurut kenyataan agensi itu, mereka sudah berada di tahap tidak mahu memberi muka.

“Kami ingin memberi amaran kepada sesiapa yang berterusan menulis atau menyebar komen memfitnah serta hantaran mengenai Kang Hye Won. Ia termasuk merosakkan imej, penghinaan, gangguan seksual, maklumat palsu dan fitnah.

“Menerusi pemantauan yang kami jalankan, kami sudah mengenal pasti beberapa komen dan maklumat palsu tidak berasas cukup melampau. Ia bukan lagi pendapat biasa, tapi sudah keterlaluan dan semakin tersebar.

“Kami memutuskan perkara ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipandang sebelah mata lagi. Justeru, kami kini dalam persiapan untuk mengambil tindakan undang-undang,” demikian kenyataan terbabit.

Yang pasti, agensi terbabit tidak akan mengambil tindakan sambil lewa mengenai hal itu. Mereka berazam untuk membawa semua yang didapati bersalah ke muka pengadilan supaya diberi pengajaran.

Sekarang, mereka sangat terperinci memastikan reputasi artis termasuk Hye Won tidak tercalar hanya gara-gara komen fitnah disebarkan. Agensi itu mahukan artis mereka dihormati sebaiknya.

“Dengan keputusan untuk membawanya ke bahagian undang-undang dan hukuman, kami akan pastikan setiap titik peluh kami berhasil. Ini adalah usaha kami demi melindungi maruah dan hak artis kami,” jelas agensi itu.

Tak mahu ‘beri muka’

Artikel menarik :

Lawati Laman Facebook Kami


JANNA NICK PERLUKAN EMOSI BILA BERLAKON

 

One thought on “Tak mahu beri muka

Leave a Reply