‘Anu’ mengecil, gangguan haid antara kesan Covid panjang

Hebahkan !!!

‘Anu’ mengecil, gangguan haid antara kesan Covid panjang

‘Anu’ mengecil, gangguan haid antara kesan Covid panjang

Menurut satu kajian terkini, lebih 200 gejala berbeza dilaporkan oleh mereka yang mengalami Covid panjang, dari zakar yang mengecil hingga kepada gangguan haid dan tidur.

Beberapa saintis dan pakar perubatan bimbang United Kingdom (UK) bakal berdepan krisis kesihatan terbaharu itu beberapa tahun akan datang di mana ratusan ribu warganya akan mengalami kesan jangka panjang akibat coronavirus, yang mengakibatkan kerugian berbilion dolar kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Menurut jangkaan, angka mereka yang mengalami Covid panjang akan mencecah 5,000 sehari menjelang akhir musim panas ini. Downing Street turut mengakui sehingga 100,000 orang berkemungkinan diuji positif menjelang pertengahan Ogos.

Penyelidikan terbaharu dari University College London’s Sainsbury Wellcome Centre menunjukkan pesakit telah melaporkan lebih 200 tanda dan gejala Covid panjang, lapor Birmingham Live.

Ini termasuk gejala sistem pembiakan seperti zakar yang mengecil atau gangguan haid hingga kepada peningkatan deria rasa atau gangguan tidur.

Ahli sains saraf di UCL dan pengarang kanan kajian ini, Dr Athena Akrami berkata banyak klinik pasca-Covid di UK telah memberi tumpuan kepada pemulihan pernafasan.

“Memang benar, ramai orang mengalami sesak nafas, tetapi mereka juga mengalami banyak masalah dan jenis gejala lain yang perlu diberikan pendekatan yang lebih holistik oleh klinik.”

Mengulas lanjut kajian itu, Akrami berkata walaupun telah banyak perbincangan awam mengenai Covid panjang, terdapat beberapa kajian sistematik yang menyiasat populasi ini.

“Menerusi pendekatan unik ini, kami telah mendekati penghidap Covid panjang ini secara langsung di seluruh dunia untuk membangunkan asas bukti bagi tujuan penyelidikan perubatan, peningkatan rawatan, dan advokasi untuk populasi Covid panjang.

“Ini adalah ciri yang paling komprehensif untuk gejala Covid panjang, setakat ini.”

Tambahnya, kini wujud keperluan yang jelas untuk memperluas garis panduan perubatan bagi menilai pelbagai gejala yang lebih luas ketika mendiagnosis Covid panjang.

‘Anu’ mengecil, gangguan haid antara kesan Covid panjang

Artikel menarik :

Lawati Facebook kami

Tak mahu beri muka

Leave a Reply