PeSAWAH harap kerajaan beri bantuan kepada petani

Hebahkan !!!

PeSAWAH harap kerajaan beri bantuan kepada petani

PeSAWAH harap kerajaan beri bantuan kepada petani

ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) berharap kerajaan dapat mempertimbang bantuanR M500 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada petani, sementara menunggu padi dapat dituai pada musim ini.

Pengerusi PeSAWAH, Mohd Fuad Yaacob, berkata bantuan itu adalah bagi meringankan beban petani yang terjejas dan berdepan situasi sukar akibat penularan COVID-19 ketika ini.

“Majoriti pesawah melakukan kerja kedua kerana pendapatan daripada aktiviti penanaman padi biasanya tidak mencukupi sementara menunggu masa bagi menuai padi baharu.

“Namun, dalam Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) 3.0 kali ini, petani tidak dapat melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga seperti selalu.

“Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan petani mengalami tekanan ekonomi dan tiada pendaptan tambahan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fuad berkata, petani dijangka berada dalam keadaan sukar berterusan apabila terdapat beberapa fasa PKP lagi yang harus dilalui yang mungkin mengambil masa sebulan atau lebih.

Katanya, tidak dapat disangkal bahawa petani juga adalah sebahagian pekerja barisan hadapan dalam menghadapi pandemik COVID-19 kerana bertugas memastikan jaminan bekalan makanan negara terjaga.

“Petani juga menghadapi situasi tidak menentu musim ini dengan kejadian serangan serangga dan penyakit yang sudah bermula di beberapa kawasan. Ia akan menyebabkan petani menanggung kerugian.

“Selain itu, pada musim ini juga berlaku kelewatan pengedaran benih padi yang juga boleh menyebabkan risiko hasil berkurangan kerana tidak selari dengan jadual air dan musim.

“Justeru, kami memohon pertimbangan pihak kerajaan melaksanakan bantuan kewangan berkenaan bagi membantu meringankan beban kami sementara menunggu musim menuai,” katanya.

PeSAWAH harap kerajaan beri bantuan kepada petani


Baca Artikel MenariK

Layari Laman Facebook My News Online


Parkir termahal di dunia

Leave a Reply