Sampai masa Elly beritahu

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Biarpun usia kandungan mencecah lima bulan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, 41, masih merahsiakan jantina bayinya.  Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkata, dia akan mendedahkan jantina bayi keduanya itu apabila tiba masa sesuai.  "Alhamdulillah, sekarang kandungan saya sudah mahu masuk lima bulan... Jantinanya rahsialah.  "Saya dan suami sudah tahu tapi bagi saya sedikit masa lagi. Saya akan beritahu, cuma saya mohon doakanlah semuanya lancar dan selamat," katanya kepada BH Online.  Elly mengaku berdepan risiko apabila hamil pada usia 40-an.  "Jadi, saya sudah buat pemeriksaan dan imbasan. Alhamdulillah, anak saya sihat daripada segala penyakit.  "Saya juga sihat dan tiada penyakit sejak hamil. Kencing manis, darah tinggi dan sebagainya semua tiada... Syukur sangat," katanya.  Sibuk dengan komitmen sebagai pengacara, Elly mengaku belum membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anaknya itu.  "Apabila kandungan sudah masuk tujuh bulan, barulah saya siapkan sikit-sikit. Saya bekerja sehingga kandungan lapan bulan, iaitu sehingga September.  "Sebelum 'lockdown', saya sibuk menjayakan penggambaran rakaman dalam studio.  "Syukur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penggambaran banyak dijalankan dalam studio," katanya.  Elly berkata, dia sepatutnya menjayakan penggambaran drama bersiri tetapi disebabkan 'lockdown', projek itu ditunda.  "Mungkin selepas 'lockdown', saya akan terima jadual penggambaran. Jadi, sekarang saya berehat di rumah meluangkan masa bersama anak dan suami," katanya yang akan melahirkan bayi kedua pada akhir Oktober atau awal November depan.  Biarpun hamil, Elly tidak putus menerima tawaran lakonan dan mengacara sehingga tahun hadapan.  "Mujur suami saya memahami. Jika mahu diikutkan, jadual tahun depan pun saya sudah dapat.  "Kadang-kadang saya terkejut. Tetapi saya bersyukur dan berterima kasih sebab orang masih percaya bakat saya.  "Baru enam bulan tahun ini saya sudah dapat 'job' sehingga 2022. Saya berdoa Allah beri saya kesihatan yang baik agar dua bulan berehat selepas bersalin, saya akan kembali bekerja," katanya.  Elly dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh yang bertugas sebagai guru, bernikah pada 17 Januari lalu selepas lebih setahun berkenalan.  Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia.  Dalam perkembangan lain, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, tampil sebagai hos program Sumbang Suara yang disiarkan TV3, sejak Ahad lalu.  Kata Elly, program santai itu sangat menyeronokkan apatah lagi apabila digandingkan dengan dua rakan selebriti yang sangat menyenangkan iaitu Datuk Awie dan Hazama.  "Selalunya apabila saya jadi hos, kita perlu betul-betul profesional dan mengikut skrip sepenuhnya. Tetapi program ini berbeza apabila kami seperti  bersembang di kedai kopi.  "Sebelum ini, kalau masuk program nyanyian, kita kena menyanyi betul-betul. Kali ini, menyanyi 'ke laut' pun tiada masalah. Apa yang penting adalah tahap keyakinan peserta," katanya.  Program 30 minit itu juga menyiarkan rakaman video orang ramai. Hanya lima video terpilih disiarkan pada setiap episod dengan seorang pemenang dipilih bagi memperoleh hadiah wang tunai RM500.

Sampai masa Elly beritahu

KUALA LUMPUR: Biarpun usia kandungan mencecah lima bulan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, 41, masih merahsiakan jantina bayinya.

Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkata, dia akan mendedahkan jantina bayi keduanya itu apabila tiba masa sesuai.

“Alhamdulillah, sekarang kandungan saya sudah mahu masuk lima bulan… Jantinanya rahsialah.

“Saya dan suami sudah tahu tapi bagi saya sedikit masa lagi. Saya akan beritahu, cuma saya mohon doakanlah semuanya lancar dan selamat,” katanya kepada BH Online.

Elly mengaku berdepan risiko apabila hamil pada usia 40-an.

“Jadi, saya sudah buat pemeriksaan dan imbasan. Alhamdulillah, anak saya sihat daripada segala penyakit.

“Saya juga sihat dan tiada penyakit sejak hamil. Kencing manis, darah tinggi dan sebagainya semua tiada… Syukur sangat,” katanya.

Sibuk dengan komitmen sebagai pengacara, Elly mengaku belum membuat persediaan bagi menyambut kehadiran anaknya itu.

“Apabila kandungan sudah masuk tujuh bulan, barulah saya siapkan sikit-sikit. Saya bekerja sehingga kandungan lapan bulan, iaitu sehingga September.

“Sebelum ‘lockdown’, saya sibuk menjayakan penggambaran rakaman dalam studio.

“Syukur ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penggambaran banyak dijalankan dalam studio,” katanya.

Elly berkata, dia sepatutnya menjayakan penggambaran drama bersiri tetapi disebabkan ‘lockdown’, projek itu ditunda.

“Mungkin selepas ‘lockdown’, saya akan terima jadual penggambaran. Jadi, sekarang saya berehat di rumah meluangkan masa bersama anak dan suami,” katanya yang akan melahirkan bayi kedua pada akhir Oktober atau awal November depan.

Biarpun hamil, Elly tidak putus menerima tawaran lakonan dan mengacara sehingga tahun hadapan.

“Mujur suami saya memahami. Jika mahu diikutkan, jadual tahun depan pun saya sudah dapat.

“Kadang-kadang saya terkejut. Tetapi saya bersyukur dan berterima kasih sebab orang masih percaya bakat saya.

“Baru enam bulan tahun ini saya sudah dapat ‘job’ sehingga 2022. Saya berdoa Allah beri saya kesihatan yang baik agar dua bulan berehat selepas bersalin, saya akan kembali bekerja,” katanya.

Elly dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh yang bertugas sebagai guru, bernikah pada 17 Januari lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia.

Dalam perkembangan lain, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, tampil sebagai hos program Sumbang Suara yang disiarkan TV3, sejak Ahad lalu.

Kata Elly, program santai itu sangat menyeronokkan apatah lagi apabila digandingkan dengan dua rakan selebriti yang sangat menyenangkan iaitu Datuk Awie dan Hazama.

“Selalunya apabila saya jadi hos, kita perlu betul-betul profesional dan mengikut skrip sepenuhnya. Tetapi program ini berbeza apabila kami seperti

bersembang di kedai kopi.

“Sebelum ini, kalau masuk program nyanyian, kita kena menyanyi betul-betul. Kali ini, menyanyi ‘ke laut’ pun tiada masalah. Apa yang penting adalah tahap keyakinan peserta,” katanya.

Program 30 minit itu juga menyiarkan rakaman video orang ramai. Hanya lima video terpilih disiarkan pada setiap episod dengan seorang pemenang dipilih bagi memperoleh hadiah wang tunai RM500.

Sampai masa Elly beritahu


Baca Artikel MenariK

Layari Laman Facebook My News Online


Parkir termahal di dunia

Leave a Reply