LUFYA NASIHAT FARA HANIM JAGA IMEJ MUSLIMAH:

Hebahkan !!!

LUFYA NASIHAT FARA HANIM JAGA IMEJ MUSLIMAH

LUFYA NASIHAT FARA HANIM JAGA IMEJ MUSLIMAH: “MAAFKAN ITU BOLEH TAPI KEMBALI SEPERTI BIASA, MEMANG TIDAK”

“Saya sedar yang dia ada muat naik permohonan maaf di Instagram malam Ahad. Apa yang saya boleh katakan, saya maafkan dia tapi dengan syarat dia tidak ulang kesilapan itu pada saya atau rakan artis lain atau sesiapa saja.

“Maafkan itu memang boleh tapi untuk kembali seperti biasa, memang tidak. Sebenarnya saya sudah anggap dia seperti adik dan selalu juga saya hantar kek yang saya jual kepada dia.

“Bila dia tiba-tiba membuat tuduhan itu, sejujurnya saya memang agak terperanjat. Sehingga beberapa hari ini, saya jadi letih dan sakit kepala sebab orang mesej, call bertanyakan tentang perkara itu.

“Apa-apa pun, saya harap dia lebih berhati-hati untuk bercakap atau berkongsi sesuatu di laman sosial. Dia membawa imej muslimah, sedikit sebanyak isu ini mencemarkan imej itu,” kata pelakon Lufya Omar.

Menerima permohonan maaf

Sudah menerima permohonan maaf daripada pengacara Fara Hanim Razak yang menuduhnya sebagai seorang anti vaksin, ibu kepada seorang cahya mata perempuan itu berkata biarpun sudah memaafkan, dia meminta agar selebriti media sosial itu tidak mengulangi kesilapan itu kepada orang lain.

LUFYA NASIHAT FARA HANIM JAGA IMEJ MUSLIMAH 01

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar yang mengakui kehidupannya terganggu semenjak isu tersebut timbul itu turut menasihati Fara Hanim supaya berhati-hati dalam setiap perkongsiannya demi menjaga imej seorang muslimah.

Ciapan Fara Hanim

Sebelum ini, ciapan Fara Hanim di Twitter yang menuduh Rita Rudaini dan Lufya Omar sebagai anti vaksin pada Jumaat lalu mengundang kemarahan pelakon tersebut.

Rita menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa berang dan menganggap perbuatan menuduh tanpa usul periksa itu jelas menunjukkan sikap tidak matang pengacara berkenaan.

Selepas hampir tiga hari mendiamkan diri, Fara Hanim Razak akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya pada malam, Ahad.

LUFYA NASIHAT FARA HANIM JAGA IMEJ MUSLIMAH 02

Dalam pada itu, Lufya memberitahu dia serta Rita pernah berbincang mengenai vaksin di mana ketika itu Fara Hanim ada bersama mereka namun hanya berdiam diri tanpa memberi sebarang pandangan.

Menurut Lufya, dalam perbualan antara dia dengan Rita tidak menyebut atau mengeluarkan kenyataan mengenai anti vaksin malah kini masih menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan.

“Sebenarnya, saya dan Rita memang ada berbincang mengenai vaksin dan ketika itu, Fara pun ada sekali tapi dia hanya diam tanpa memberi sebarang pandangan.

“Tapi dalam perbualan dan perbincangan kami tak ada pun keluar kenyataan anti vaksin. Saya sendiri tak pernah pun keluar sebarang kenyataan mengatakan saya anti vaksin.

LUFYA NASIHAT FARA HANIM JAGA IMEJ MUSLIMAH


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


Itu bukan suami saya

Leave a Reply