Itu bukan suami saya

Hebahkan !!!

'Itu bukan suami saya

Itu bukan suami saya

Kuala Terengganu: “Mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Terengganu itu bukan suami saya,” kata Noorfadilah Abdul Rashid, 30, isteri kepada Wan Mohd Sufian Wan Abdul Rahman, 34, nelayan yang hilang sejak 20 Mei lalu.

Menurutnya, suaminya memakai kemeja-t putih berlengan warna hitam ketika keluar ke laut.

Katanya, bentuk tubuh mayat yang ditemukan oleh penduduk itu juga berbeza dengan keadaan fizikal suaminya.

“Suami saya lebih rendah, mayat yang ditemukan semalam agak tinggi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suami Noorfadilah, Wan Mohd Sufian dilaporkan selepas terjatuh daripada bot gentian kaca ketika keluar menangkap ikan.

Bot gentian kaca dinaiki Wan Mohd Sufian ditemukan masih bergerak oleh beberapa nelayan di perairan Pulau Kapas.

Noorfadilah mengakui dirinya berdebar apabila dimaklumkan beberapa rakannya ada penemuan mayat seorang lelaki semalam.

“Selepas melihat gambar mayat lelaki tanpa pengenalan diri yang ditemukan dihantar rakannya, saya sahkan bahawa mayat itu bukann suami saya,” katanya.

Ketika mengulas perkembangan terbaharu mengenai suaminya, Noorfadilah yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Wan Nursofia Azzahra Wan Mohd Sufian, 4, dan Wan Nursyifa Adelia berusia satu tahun memaklumkan masih tiada perkhabaran termasuk daripada nelayan tempatan yang berusaha mencarinya.

“Saya dan keluarga masih berharap agar suami yang hilang sejak lebih dua minggu lalu ditemukan,” katanya.

Semalam, penduduk kampung menemukan mayat lelaki terapung di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Bukit Datu, Kuala Nerus dekat sini.

Mayat berkenaan ditemukan pada 6.30 pagi dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya.

Itu bukan suami saya


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My News Online


China must apologise over airspace intrusion, Patriot tells govt

Leave a Reply